Nutella? Siapa sahaja tak suka sapuan coklat dan hazelnut itu kan? Boleh dikatakan ramai tergila-gilakannya! Ya, ia digilai ramai hingga boleh 'histeria' orang dibuatnya apabila pasar raya memberi diskaun 70 peratus. Anda pun akan histeria apabila makanan kegemaran yang dijual agak mahal diberi potongan hingga tiga suku dari harga asal. Tengook saja video ini, pengunjung di sebuah pasar raya di Perancis berebut-rebut nak dapatkan Nutella. Sampai terjerit-jerit dia punya berebut. Dahsyat betul! Memetik Mirror, media Perancis Le Progres menyifatkan pengunjung terbabit kelihatan seperti 'sekumpulan haiwan' yang membuat kecoh di sebuah pasar raya. "Ketika itu, ada wanita yang ditarik rambutnya, malah ada yang berdarah tangannya. Mengerikan!" kata seorang pengunjung. Menurut pengurus pasar raya itu, sebanyak 600 jar Nutella 'lesap' hanya dalam masa lima minit!
Keadaan itu menyebabkan beberapa pasar raya terpaksa melimitkan jumlah Nutella yang boleh dibeli kepada tiga jar sahaja bagi setiap pembeli. Menurut laporan, mereka terpaksa meminta bantuan polis bagi meredakan keadaan huru-hara itu. Keadaan kucar-kacir itu tercetus sebaik sahaja harga Nutella jatuh dari 3.95 British Pound (RM22) kepada 1.40 British Pound (RM8). Sebuah kedai kecil di Saint-Chamond mendakwa 300 stok Nutella mereka habis dijual dalam masa 15 minit sahaja! Macam zombie nak makan orang! Bila agaknya produk makanan mahal-mahal di Malaysia nak jatuh harga seperti ini, kan? - CARI |
15
Bagus |
15
Marah |
12
Terkejut |
14
Sedih |
17
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT