Tak kira di majlis mana, kebanyakan kita akan berkumpul beramai-ramai untuk mengambil gambar. Selain dari gambar berkumpulan, sudah semestinya swafoto menjadi kegilaan ramai sekarang. Namun tahukah anda, budaya mengambil swafoto ini jika tidak dikawal boleh membawa maut? Mari kita lihat, bagaimana aktiviti yang tidak kelihatan berbahaya ini boleh membawa maut.
Terjatuh dalam kawasan air terjun Ia berlaku di Santander, Columbia di mana seorang remaja berusia 19 tahun terjatuh ketika dalam cubaan untuk mengambil swafotonya dalam kawasan air terjun Manto de la Virgen pada 11 Januari yang lalu. Keseronokan boleh bertukar menjadi tragedi kalau kita tidak berhati-hati. Kadang-kadang kalau terlampau suka, menjadikan kita lalai dan lupa tentang aspek keselamatan.
Terkena renjatan elektrik Boleh hangus terbakar kalau terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi tau. Di Zagreb, Croatia seorang remaja berusia 16 tahun meninggal dunia selepas cubaan untuk mengambil swafoto di atas kereta api. Serta merta jasadnya hangus terbakar ketika belum sempat aktiviti swafoto tadi selesai pada 8 Januari yang lepas. Aduh… Sanggup ya. Ceroboh dan jatuh Seorang gadis berumur 20 tahun telah terjatuh pada ketinggian 15 meter dalam kawasan yang baru dia ceroboh semata-mata untuk kelihatan hebat dalam swafotonya. Kejadian berlaku dalam kawan Empangan Malpaso di Aguascalientes, Mexico pada 25 Disember tahun lepas. Dalam Malaysia pun pernah berlaku kes ceroboh untuk berswafoto, tapi belum ada kes kemalangan jiwa dilaporkan. Nak tangkap kat tepi tingkap je, tapi jatuh Lagi kes berswafoto dilaporkan meragut nyawa seorang gadis berusia 20 tahun selepas cubaan mengambil swafoto tepi tingkap rumahnya gagal. Walaupun tingkap itu hanya pada tingkat kedua rumahnya, namun kecederaan di bahagian kepala menyebabkan gadis tersebut menginggal dunia serta merta pada 12 November tahun lepas. Jatuh dari parkir tingkat 16 hotel di Genting Highlands Seorang lelaki berusia 20 tahun ditemui maut pada tingkat 7 bangunan hotel di Genting Highlands pada 16 Disember lalu. Ada sumber memberitahu yang mangsa juga dalam cubaan untuk berswafoto dan entah macam mana boleh tergelincir dan jatuh. Mendiang P. Kanesh Naidu disahkan meninggal dunia serta merta akibat cedera parah di bahagian kepala. Dipijak gajah untuk berswafoto Pada 25 Julai tahun lepas, seorang lelaki telah menceroboh masuk ke Bannerghatta Biological Park di Bangalore, India. Ternyata niatnya telah disalah anggap gajah-gajah disana dan telah menyerang dengan memijaknya sehingga mati. Mungkin kerana terkejut diajak berswafoto dengan gajah liar menyebabkan gajah-gajah tadi menyerang. Nah… Ini baru 6 kes yang sempat dikongsikan dalam artikel ini. Sebenarnya ada banyak lagi kes-kes kematian kerana kemalangan akibat mengabaikan faktor keselamatan ketika berswafoto. Kini di Malaysia, terdapat sesetengah kawasan yang melarang pelawat untuk berswafoto atas pelbagai faktor. Kita sepatutnya menghormati peraturan itu dan seharusnya menjaga adab apabila bertamu di tempat orang. Jangan pula ada yang tangkap curi-curi dengan menceroboh, nanti kena tangkap dan tular dalam media sosial. |
6
Bagus |
7
Marah |
17
Terkejut |
14
Sedih |
8
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Modngengade replied at 26-1-2018 05:13 PM
pprt nyer artikel.....sesetengah gbr tak ada kena mengenai dgn kes kejadian yg ditulis....
greantea replied at 26-1-2018 09:18 AM
janji ada gambar kot. hehehehe......
Modngengade replied at 26-1-2018 05:21 PM
kan...pening akak.....ingatkan cicak pun pandai berswafoto
Modngengade replied at 26-1-2018 05:13 PM
pprt nyer artikel.....sesetengah gbr tak ada kena mengenai dgn kes kejadian yg ditulis....
Modngengade replied at 26-1-2018 05:13 PM
pprt nyer artikel.....sesetengah gbr tak ada kena mengenai dgn kes kejadian yg ditulis....
ADVERTISEMENT