Kadangkala, sukar untuk mempercayai ada saudara mara yang memandang rendah ahli keluarga berpendapatan rendah, bahkan sukar menghulurkan pertolongan apabila diperlukan.
Demikianlah situasi dihadapi pengguna Twitter @ABMSaiful ini. Menerusi laman Twitter, Saiful berkongsi perasaan kecewa apabila keluarganya dipandang rendah saudara mara hanya kerana faktor pendapatan keluarganya yang tak seberapa ketika itu. Cerita Saiful itu bermula apabila seorang ibu saudaranya yang sudah lama tidak berhubung secara tiba-tiba menegurnya menerusi aplikasi Whatsapp kerana ingin meminjam wang. Tetapi, Saiful enggan memberi pinjaman tersebut atas sebab dendam. Mungkin ada yang menganggap tindakan Saiful itu tidak adil dan dia sepatutnya memaafkan dan melupakan perbuatan saudara maranya, tetapi Saiful telah menerangkan apa yang terjadi di Twitternya. Thread itu mendapat perhatian netizen yang juga mempunyai cerita lebih kurang sama dan memberi kata-kata semangat kepada Saiful untuk terus berjaya dalam kehidupannya serta membuktikan sesuatu kepada keluarga. "Dendam dengan keluarga pun nak cerita kat orang," komen netizen. Antara pengajaran yang kita boleh ambil dari perkongsian Saiful ini adalah jangan membezakan setiap orang hanya kerana faktor material dan perlu membantu saudara mara yang sedang memerlukan. - CARI |
5
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
6
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hasell replied at 26-1-2018 01:05 PM
oh twitter ni, ada baca dan ada komen. benda lebih kurg jadi kpd kami adik beradik. survive on our o ...
ADVERTISEMENT