CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyamun Depan Pintu

30-8-2013 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3594| Komen: 8

BACHOK - Cubaan seorang penyamun melarikan diri selepas menyamun seorang kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Jelawat semalam gagal apabila dikepung sekumpulan penduduk di Kampung Bator.
        

Terdahulu, suspek bersama dua rakannya menyamun kakitangan AIM yang bermotosikal dalam perjalanan pulang dari kelas berdekatan.

Selepas melarikan wang mangsa, suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Saga kelabu memecut laju ke arah Gunung sebelum terbabas di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat.

  •                                                                             
  • Pihak polis menyoal siasat suspek yang berjaya ditangkap dengan kerjasama penduduk.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, dia berada di depan sekolah dan sempat melihat kereta suspek.

        
        “Mereka pandu kereta dengan laju dan saya tengok ada plastik sampah yang tersangkut di bawah kereta.
        
        “Mungkin kerana licin tersangkut plastik sampah, mereka tak dapat kawal kereta sebelum masuk laluan bertentangan dan terbabas ke kiri jalan dan meluncur ke dalam semak,” katanya.
        
Katanya, semua suspek keluar dari kereta yang terbalik dan lari merentasi kawasan semak separas pinggang kira-kira satu kilometer sebelum tiba di kawasan perkampungan penduduk.
        
Namun, kira- kira jam 12.30 tengah hari, Sinar Harian yang masih berada di lokasi kejadian bergegas ke Kampung Bator apabila mendapat makluman suspek pertama berjaya ditangkap.
        
Seorang pemuda yang turut mengepung suspek, Mohd Alif Kamarudin, 19, berkata, ketika itu dia berada di luar rumahnya sebelum seorang lelaki datang meminta air daripada bapanya.
        
        “Ada seorang lelaki kelihatan mencurigakan tiba-tiba datang minta air. Ayah tak bagi dan dia ke rumah sebelah untuk dapatkan air.
        
        “Seketika kemudian, beberapa penduduk lain yang mendapat maklumat mengenai suspek yang lari ke kampung kami, bergegas kejar suspek.
        
        "Polis juga tiba dan kami sama-sama kepung suspek yang lari ke semak berdekatan. Alhamdulillah, dengan kerjasama semua, kami dapat tangkap seorang daripada suspek,” katanya.
4

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 30-8-2013 01:36 AM
Nie mesti nanti kena kunci
Quote Acong 30-8-2013 01:41 AM
testis......!
Quote lolipopmanish 30-8-2013 02:00 AM
macam2 hal
Quote roblucci 30-8-2013 02:14 AM
mesti kena gocoh lepas ni
Quote Al-Patih 30-8-2013 05:56 AM
kes jenayah lagi ....tak abis2 ...
Quote noor2 30-8-2013 07:42 AM
penyamun ni elok dihantar ke kandang harimau....

Quote xpdckelate 30-8-2013 07:56 AM
banyak lagi kerja yang halal,menyamun juga dipilihnya,skang HAMBEK ko masuk la otel besi
Quote lima_kupang 3-9-2013 12:49 PM
ye la... kakitangan amanah ikhtiar tu kn datang tiap2 minggu nak kutip duit bayaran pinjaman... mesti banyak duit yg dia bawak tu..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.084847 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top