Isu doktor lelaki memeriksa kandungan dan menyambut kelahiran bayi Islam acap kali dibincangkan dan pihak bertanggung jawab telahpun memaklumkan ia merupakan situasi darurat. Doktor lelaki dibenarkan menyambut kelahiran bayi jika tiada doktor wanita lain yang mampu menyambutnya kerana ia melibatkan isu keselamatan nyawa ibu dan anak yang bakal dilahirkan. Baru-baru ini, Dr Ahmad Zakimi Abdullah berkongsi pengalamannya di laman Facebook(FB) mengenai kerenah seorang suami yang nekad mahukan doktor wanita meyambut kelahiran anaknya. Menurut Dr Zakimi, lelaki terbabit mempertikaikan apabila beliau ingin memulakan pemeriksaan terhadap isterinya dan mempersoalkan di mana doktor wanita lain pada waktu itu.
"Eh, tak ada doktor perempuan ke?" kata lelaki itu. Lelaki itu melarang Dr Zakimi atas sebab batasan aurat dengan mengatakan "Mana boleh doktor lelaki periksa isteri saya. Doktor ni tak belajar agama ke? Kan aurat tu". Selepas itu Dr Zakimi dengan tenang memberitahu bahawa tiada doktor wanita bertugas ketika itu dan seorang doktor lelaki dibenarkan memeriksa dan menyambut kelahiran atas dasar darurat. "Saya pun doktor muslim. Saya memang tak alim sangat, tapi tahu juga sikit-sikit pasal agama," balas Dr Zakimi kepada suami tersebut. Akhirnya, bayi berkenaan selamat dilahirkan secara normal. Sepertimana dianjurkan dalam Islam, Dr Zakimi memberikan bayi tersebut kepada bapanya untuk diazankan. Namun, lelaki terbabit memberi alasan tidak tahu untuk mengazankan bayi yang baru lahir itu. "Tapi doktor, saya tak tahu sangat azan. Tak biasa. Boleh doktor azankan dan mendoakannya?" katanya. Dr Zakimi terkejut dengan alasan tersebut, namun atas rasa tanggungjawab dia tetap mengazankan bayi tersebut seperti diminta. Perkongsian Dr Zakimi ini bukanlah berniat untuk merendahkan maruah lelaki tersebut, sebaliknya dia sekadar ingin berkongsi pengalaman dan mengharapkan ia menjadi iktibar kepada pasangan lain. Sembang je kencang bro ni, azan pun tak tahu. Diharap jangan ada di kalangan pembaca yang macam ni, ya? - CARI
|
vanillaninja replied at 25-1-2018 01:10 PM
Kalau memang nak doktor perempuan yang sambut, pergi la private hospital. Ni tau nak merempan je.
Nurul8001 replied at 25-1-2018 03:27 PM
Saya nak tanya ikhlas ni,memang wujud ke org yg melampau lampau ni, sbb saya tak pernah jumpa..
S ...
Nurul8001 replied at 25-1-2018 03:27 PM
Saya nak tanya ikhlas ni,memang wujud ke org yg melampau lampau ni, sbb saya tak pernah jumpa..
S ...
ADVERTISEMENT