CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wow! Angkasawan Negara Kongsi Tips Rawat Bayi Demam Tanpa Penggunaan Ubat..

25-1-2018 12:52 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 6482| Komen: 34|Original author: Oleh: Amiey

Setiap ibu bapa pastinya risau apabila bayi mereka jatuh sakit apalagi sekiranya itu merupakan pengalaman pertama mereka menimang cahaya mata.

Begitu juga dengan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui turut bimbang setiap kali bayinya jatuh sakit.
 
Terbaharu, Sheikh Muszaphar memberitahu salah seorang anak kembarnya iaitu Adam telah demam dan selesema, sementara seorang lagi Noah sihat seperti biasa.

 

Menurut Sheikh Muszaphar yang juga merupakan seorang doktor bedah ortopedik itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, beliau tidak tahu dari mana penyakit itu dijangkiti.

 
Sheikh Muszapahar turut berkongsi tip yang dilakukan untuk merawat bayinya yang baru berusia enam bulan itu tanpa sebarang pengambilan ubat.
 
Berikut merupakan tip yang diamalkan:

 

1.Tanggalkan baju bayi
"Dengan suhu yang tinggi iaitu 38 hingga 39 darjah selsius, anda perlu tanggalkan baju bayi dan hanya memakaikannya dengan lampin sahaja."
 
2. Tuala basah
"Letakkan tuala basah ke atas badan mereka untuk menurunkan suhu mereka."
 
3. Guna 'koolfever'
"Biasanya saya akan menggunakan 'koolfever' ke atas badannya sepanjang malam."
 
4. Demam campak atau 'chickenpox'
"Dalam masa yang sama perhatikan jika ada sebarang ruam atau tanda merah yang naik ke atas badan bayi anda. Biasanya ruam demam campak atau 'chickenpox' akan keluar selepas masa lima hari demam panas."

 

5. Asingkan dengan adik-beradik lain
"Ibu bapa perlu bersabar ketika merawat anak yang sakit dan cuba asingkan bayi yang demam dengan adik beradik lain."
 
6. Teruskan susuan ibu
"Ibu perlu terus menyusukan bayi yang demam."
 
Sheikh Muszaphar turut memberitahu, selepas mengamalkan kaedah tersebut selama tiga hari, anaknya pulih dari demam tanpa mengambil sebarang ubatan.

Semoga bermanfaat!-CARI

9

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noni165 25-1-2018 02:12 PM
byk yg saya buat jugak..cuma part tinggalkan pampers saja tu sy xbuat utk anak2..mcm kesian.sbb bila demam mesti la rasa kesejukan..tp mujurla anak2 saya jenis kena pakaikan baju kot.pastu duk dlm bilik bukak kipas perlahan just utk pengaliran udara je la sambil tuam dgn tuala basah.cara camtu buat diorang berpeluh.bila dah berpeluh cepat la sihat..ni cara sy je..sbb cara bogelkan tu x berkesan pd anak sy.
Quote HannahMontana 25-1-2018 02:24 PM
salah besar yg nombor 1 itu


dalam   konsep Homeopathy , bila demam kita perlu selimutkan org demam itu sehingga kebah.

xboleh pakai doktor allopathy ...

ubat pun byk sgtttttt kesan smapingan , sekarang kan byk lambakan ubat2 zaman tok nadoq bawa keluar semula sebab gomen xde duit ,guna pakai ubat2 lama yg berbahaya ...

jgn nafi lah...

kalau nak bertambah baik..berubahlah.
Quote HannahMontana 25-1-2018 02:25 PM
angkasawan negara ????


pungkoq hanggggggg
Quote mdhelmi 25-1-2018 02:58 PM
aku prefer pakaikan baju dan selalu tuam terutama dahi
kalo demam on off cpt2 la pegi klinik
konfem sbb virus punye, lepas makan antibiotik insyaAllah ok
Quote zulka 25-1-2018 03:04 PM
itu je? puih
Quote mieymiey 25-1-2018 03:19 PM
Okey la tu. Atau korang nak dia bagi petua rebus daun sekian sekian, rendam baby dengan hasil rebusan daun tu. Takpun tumbuk 5 jenis daun, lumur kat badan baby
Quote namieamuro 25-1-2018 03:44 PM
angkasawan negara skrg ni masih doktor atau tak..skrg ape die buat ek..kajian die dlu pn senyap sepi je kan..ke dh ade result nye
Quote fulusss 25-1-2018 05:36 PM
Dah sampai masa untuk baik dari demam selepas 3hari.
Quote abangadek 25-1-2018 05:41 PM
i pun buat benda yang sama...part tanggalkan baju tu betul.. tambah satu lagi tips ibu perlu cuti untuk jaga anak demam.. pengalaman i selama jaga anak2 ni kalau anak2 demam biar pengasuh yang jaga mmg berminggu la demam tu pergi.. tp kalau i yang jaga 2-3 hari dh ok
Quote eyansss 25-1-2018 06:24 PM
part tanggalkan baju tu sebab baby masih tak pandai nak keluarkan haba dalam badan... paed anak aku pun pesan buat menda yang sama... dan bila aku buat, memang ok... in fact, aku demam pun aku akan pakai sleeveless dan short pastu tak pakai selimut... alhamdulillah kejap je kebah...
Quote de_ikea 26-1-2018 12:03 PM
Skrg sheikh muzaffar dah mcm mr mama. All time dgn anak2.  Tp iols inspired jugak dgn early educational activities anak2 dia.
Quote kamilaa 28-1-2018 08:58 PM
Ingat byk tip apa semua org tahu, angkasawan negara fail master dulu sume tak tahu kot
Quote aunisofia 5-4-2018 04:51 PM
abangadek replied at 25-1-2018 05:41 PM
i pun buat benda yang sama...part tanggalkan baju tu betul.. tambah satu lagi tips ibu perlu cuti un ...

kan....baik kita sendiri yg jaga...

Quote cmf_jeangrey 5-4-2018 09:54 PM
de_ikea replied at 26-1-2018 12:03 PM
Skrg sheikh muzaffar dah mcm mr mama. All time dgn anak2.  Tp iols inspired jugak dgn early educatio ...

Kan..byk masa dia dgn baby then byk bg speech motivasi sersta tempat..so bila masanya dia pi bedah org? Mcm x kena je artikel tu
Quote ejans 5-4-2018 10:33 PM
cmf_jeangrey replied at 5-4-2018 09:54 PM
Kan..byk masa dia dgn baby then byk bg speech motivasi sersta tempat..so bila masanya dia pi bedah ...

Bukan staff spital / univ bising dia slalu x hadaa kee. Gaji jalann. Dok ngajar anak kt rmh je.... Tp ape dia buat nan hadooo.. Harap je ada title angkasawan negaraa... ** hanya menyampaikannn
Quote sofiazara 5-4-2018 10:37 PM
anak aku dah besar2 belaka. masa diorg kecik2 lg bila deman aku buka aircond dan kipas full blast..tanggalkan baju semua tinggal pampers. pastu mandikan byk2 kali. mandi dan minum air byk supaya suhu turun.

ko jgn gedik nk selimut, nanti suhu naik teruk dapat sawan tarik.
Quote sofiazara 5-4-2018 10:39 PM
HannahMontana replied at 25-1-2018 02:24 PM
salah besar yg nombor 1 itu



aje gile nak selimut org demam? petua takleh pakai, ini petua selimut org demam ni petua tahun 1932 zaman tokcik kat kampung ulu sempiang seberang sungai....
Quote sofiazara 5-4-2018 10:42 PM
lagi satu apa aku buat bila baby n toddler kena sakit berjangkit ialah, aku duduk kat nursery diorg selama 2-3 jam untuk adapt kuman2 kat nursery..pastu menyusukan anak. sbb ada doktor pakar yg bg tips ni.bila badan ko terima kuman2 luar ko create resistance (antibodi) pastu bula menyusu ko bg antibodi tu kat baby. so cepatla baby baik sakit.
Quote sofiazara 5-4-2018 10:47 PM
itu sebabla budak2 yg terdedah kpd public / padang permainan / kawan2, body diorg lebih kuat sbb body dia cipta resistance akibat dia kenal banyak kuman..dari ko simpan baby toddler kat rumah semata2 dan halang dia dari berlasak dan berguling..persekitaran yg terlalu bersih pun menyebabkan baby x kenal kuman, tak biasa dgn kuman dan mudah allergic.

i mean, of course ada pros and cons. hygiene bagus tp jgn melampau2, anak meniarap berguling dan kutip brg brg masuk mulut tu, ada faedahnya kepada body dia sendiri.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.038761 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top