Bila sebut destinasi pelancongan di Thailand, ramai yang cuma ingat Bangkok untuk ‘shopping’, Phuket dan Krabi untuk berjemur di pantai manakala Hatyai pula bagi mendalami budaya orang Thai.
Tak ramai kaki jalan meneroka lokasi selain dari yang disebutkan di atas. Berbeza dengan netizen Nur Diyana yang mengembara di bumi Thailand selama 9 hari bersama keluarganya ke Khao Yai, sangat lain dari yang lain. Ala-ala 'Italian' pun ada. Jom kita ikuti catatan mengembaranya.
Patutlah dapat tempat menarik, rupa-rupanya dia memandu antara 2 hingga 3 jam.
Lagi syok sebab Khao Yai ni adalah tempat peranginan. Jadi perjalanan pun terasa selembut bayu yang menyapa pipi begitu.
Sebelum sampai ke Khao Yai pun, mereka sempat singgah pelbagai tempat menarik. Boleh dikatakan ia seperti berada di tanah tinggi Cameron Highland kerana pemandangan yang sejuk mata memandang.
Sampai 9 tempat yang dilawati oleh Nur Diyana sekeluarga dan ianya berbaloi kerana dapat melihat ladang bunga matahari. Sempat juga dia memberi tip kepada kaki jalan yang mahu ke sana pada bulan Nov hingga Januari untuk melihat bunga matahari berkembang.
Disini pula, anda dapat melihat pemandangan yang sangat menarik ala-ala 'european'. Tiada tiket masuk namun perlu membeli apa sahaja dari kedai atau cafe. Jika tidak, anda perlu membayar parkir sebanyak 500bath. Menurut Nur Diyana, mereka makan aiskrim HaagenDasz kemudian resit akan di cop dan boleh keluar dengan gembira.
Jadi, bagaimana? Adakah anda mahu memandu ke Thailand kali ini? Sambil melihat bunga matahari berkembang, ia destinasi tanah tinggi yang harus dilawati. Tidaklah asyik-asyik pantai dan 'shopping' saja. - CARI Kredit : Nur Diyana Farhana
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|