Siapa sangka di negara barat pun masih terdapat perkampungan yang 'rare' iaitu tiada langsung akses jalan raya. Perkampungan hijau ini dikenali sebagai Giethoorn yang terletak di Belanda dan merupakan destinasi yang sangat tenang dan juga romantik. Paling unik, seperti dikatakan kawasan ini tidak mempunyai jalan raya. Akses utama ke kawasan sekitar perkampungan ini adalah dengan menaiki bot melalui terusan air, berbasikal atau berjalan kaki. Memang rare betul, kan? Lokasi menarik ini terletak di tengah-tengah Belanda iaitu kira-kira 90 km dari ibu negara, Amsterdam dan 110km dari Rotterdam serta The Hague.
Ramai yang menggelar perkampungan ini sebagai ‘Venice of Netherland’ dan termasuk di antara 10 perkampungan tercantik di dunia. Mengikut sejarahnya, perkampungan ini mula-mula dibuka pada tahun 1230 oleh sekumpulan pelarian dari wilayah Mediterranean. Jika dilihat dengan namanya sendiri, Giethoorn bermaksud tanduk kambing yang diambil dari perkataan asalnya Giytenhorn. Bandar yang begitu unik ini menjadikan Giethoorn sebagai salah satu tarikan pelancongan yang sangat popular. Pelancong yang datang ke sini pasti begitu teruja bila melihat keindahan lanskap alam sekitar yang melatari setiap sudut ruang di sekitar bandar ini. Antara aktiviti yang menarik yang paling popular di sini ialah canal tours. Para pelancong berpeluang menikmati pemandangan sekitar dengan menaiki bot-bot kecil melalui terusan air sepanjang 4 batu yang berlatarkan pemandangan indah rumah-rumah ladang dengan bumbung beratap rumbia yang dibina sejak abad ke-18. Pengunjung boleh menyewa bot kecil yang mampu memuatkan empat atau lima orang dan boleh dikemudikan sendiri atau menyewa bot yang lebih besar dan mempunyai pemandu pelancongan untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang desa ini. Dikatakan penduduk di desa ini kebanyakannya adalah warga emas dan mereka sangat ramah dan tidak sombong. |
5
Bagus |
5
Marah |
3
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
de_ikea replied at 27-1-2018 02:30 PM
Citer mokcun ada pernah berlakon kt sini. Tp uols jgn tanya episod berapa dan bila. Iols pun terteng ...
sherry70 replied at 27-1-2018 04:32 PM
yg Mak Cun to d Zannse Schans kalau tak silap bab perasan view nya sama .saya pun naik basikal ...
ADVERTISEMENT