Anda sedang mencari-cari destinasi berbulan madu bersama yang tersayang? Bagi yang baru berkahwin, tentu sahaja inginkan satu percutian yang penuh romantik bersama yang tersayang. Apa kata bawa pasangan anda bercuti ke Pulo Cinta Eco Resort.
Resort menarik yang dilatari dengan pemandangan lautan yang biru dan pasir putihnya seakan-akan berada di Maldives. Di manakan Pulo Cinta? Secara geografinya, Pulo Cinta terletak di Boalemo, Gorontalo, Sulawesi Utara, Indonesia. Pulau ini adalah satu pulau kecil yang berbentuk hati dan resort ini hanya mempunyai 15 villa yang merangkumi bilik, restoran dan juga pejabat pengurusan. Keunikan bentuk yang menyerupai bentuk hati inilah yang menyebabkan mengapa resort ini diberi nama Pulo Cinta. Ada juga sejarah atau mitos mengatakan terdapatnya pertemuan pasangan bercinta secara rahsia antara Jejaka di Gorontalo dengan Puteri saudagar Belanda. Pulo Cinta Eco Resort mengetengahkan konsep percutian yang lebih natural dan tradisional dengan villa-villa yang dibina indah dari kayu yang beratapkan daun nipah berserta kemudahan-kemudahan yang mencukupi seperti aircond, TV dan free wifi buat para pengunjung. Banyak juga aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan jika bercuti di sini. Selain mempunyai spot-spot mengambil gambar menarik yang sangat banyak, anda juga boleh melakukan aktiviti hammocking di villa sambil-sambil membaca bucu. Jika anda bosan berada di villa, anda boleh keluar dari villa sambil ditemani petugas-petugas resort di situ. Selain itu, bagi anda yang suka menyelam, aktiviti menyelam sambil melihat satu kehidupan 'sponge' yang unik diberi nama Salvador Dali Sponge adalah perkara wajib anda perlu cuba. Sponge unik ini bersaiz sangat besar dan dikatakan ianya hanya tumbuh di daerah Gorontola, dan tidak ada di tempat lain. Lain-lain aktiviti anda boleh lakukan ialah terjun ke dalam air dan berenang-renang sekitar villa masing-masing, snorkeling dan berkayak mengelilingi resort. Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya macam mana nak makan jika bercuti di sini kan? Anda tidak perlu risau, selagi anda penginap di villa ini, anda tidak perlu membawa sebarang makanan pun. Hal ini kerana, harga villa sudah termasuk dengan makan sarapan, tengahari, makan malam, snack dan free flow minuman. Anda boleh makan di restoran ataupun memintanya dibawa kedalam bilik. Lagi menyeronokkan, pengunjung boleh request untuk candle light dinner bersama tersayang.
Cas penginapan di Pulo Cinta (Sumber: Pulo Cinta) 1 Bedroom Villa Bilangan Villa : (10 unit) Keluasan Villa : 92 meter persegi Harga Villa : Rp 3,500,000.-/malam/villa (Hari Biasa) Rp 4,500,000.-/malam/villa (Sabtu & Minggu) Harga di atas untuk 2 orang Harga termasuk : Menjemput di Airport (2 jam perjalanan darat dari airport ke dermaga & 15 menit perjalanan dengan boat ke Pulocinta) untuk minimum menginap 2 malam Bayaran untuk menjemput di Airport jika anda menginap hanya 1 malam sahaja: Rp. 500.000,- Romantic Dinner (minimum menginap 2 malam) Sarapan, makan tengahari, makan malam dan Snack • Kopi, Teh & Air Mineral • Peminjaman alat snorkeling - CARI |
ADVERTISEMENT