CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bahaya Nasi Kandar Ibramsha, Sekali Rasa Pasti Nak Datang Lagi!

25-1-2018 10:03 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 9052| Komen: 29|Original author: Oleh: Zailina

Description: Kaki 'Nasi Kandar' tentu takkan lepaskan peluang menjamu selera di sini. Kedudukan Restoran Ibramsha juga strategik iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman, sederet dengan panggung Coliseum yang bersejarah ...
Kaki 'Nasi Kandar' tentu takkan lepaskan peluang menjamu selera di sini. Kedudukan Restoran Ibramsha juga strategik iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman, sederet dengan panggung Coliseum yang bersejarah tu. 


Hanya nak parkir kereta agak sukar dan kena berjalan kaki sedikit dari tempat parkir awam terdekat. Ia dibuka dari 7 pagi hingga 7 petang.


Datanglah dengan perut lapar, baru berbaloi

Kalau suka makan nasi kandar di restoran 'old-school' (berciri tradisional), inilah tempatnya. Kalau zaman dulu, Seniman Agung P. Ramlee suka makan di Restoran Kudu iaitu salah sebuah restoran nasi kandar autentik tidak jauh dari Pasar Chow Kit. 

Dari segi lauk-pauk pula, kebanyakan restoran begini tak jauh beza dari segi jenisnya. Hanya ada satu atau dua lauk saja yang berbeza.



Nasi Kandar dan kuah campuran pelbagai kari satu kemestian

Ada ayam kurma, daging masak hitam atau kicap, telur dadar, telur masin atau telur rebus, udang kari kering, kari kepala ikan, hati tumis kicap selain kari-kari yang biasa seperti kari ayam, kari ikan, kari kambing. Hmm, memang tak muat kalau nak senaraikan kesemuanya. Oh, ya! Ayam goreng berempah jangan lupa dirasa, rugi kalau tak ambil.


Pinggan kena comot sebab itulah ciri nasi kandar yang sebenar

Kalau tak mahu beratur panjang, kenalah datang sebelum 12 tengah hari atau selepas 2 petang. Atau kena tunggu pelanggan sudah makan baru boleh duduk. Kalau sesak sangat, kena duduk tanpa meja. Ah, kerana keenakan nasi kandar di sini, apa-apa pun sanggup. Tak ada menja pun tak mengapa.


Masih mengekalkan 'kandar' yang diletak bekas nasi

Restoran Ibramsha sudah bertapak di sini sejak berdekad lalu. Pelanggannya datang dari setiap pelusuk negara. Ada yang singgah selepas penat membeli-belah di sekitar Jalan Masjid India. Jangan lupa pesan teh tarik kerana ia minuman yang sangat serasi digandingkan dengan nasi kandar. Tak terkata enaknya!


Tempat strategik, jauh dari kesibukan kedai lain

Alamat: 68, Jalan Tunku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.


Nak rasa nasi kandar asli, kenalah datang sini. Harga pun berpatutan. Yang penting, puas hati. - CARI
4

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
10

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 25-1-2018 10:27 AM
x minat sgt nasi kandar ni................... sekali sekala boleh le layan mamak
Quote msdummy.2018 25-1-2018 10:35 AM
letaklah price..cnth..nasi yg u makan+lauk pauk = RMxxxx
Quote kurga 25-1-2018 10:48 AM
msdummy.2018 replied at 25-1-2018 10:35 AM
letaklah price..cnth..nasi yg u makan+lauk pauk = RMxxxx

betul tu... letak lah harga sebagai rujukan... entah-2 org yg makan ni da cakap kat mamak tu.. u kasi diskaun, sy kasi promo dlm internet..x pon mkn free jer..
mamak kalu.. mkn kedai dia amik lebih 2 lauk.. siap laa..
Quote rospinki 25-1-2018 10:50 AM


Quote msdummy.2018 25-1-2018 10:50 AM
zaman skrg nie sma benda nk detailll..kalo boleh letak resit sekali
Quote msdummy.2018 25-1-2018 10:50 AM
manalah tau kot2 ada GST charge...
Quote Skuau 25-1-2018 11:51 AM
harga camner? 'suka2 ko amik...suka2 aku cakap' ke???
Quote beeeee 25-1-2018 12:00 PM
Wah menarik. Saya pun ada suka satu nasik kandar kat jalan tar,  Mohd Yaseem. Nangiss sedap sgt!!
Quote vanillaninja 25-1-2018 12:08 PM
I baru tau perkataan 'autentik' tu wujud. I suka nasi kandar Kudu.
Quote bolamata 25-1-2018 01:18 PM
msdummy.2018 replied at 25-1-2018 10:35 AM
letaklah price..cnth..nasi yg u makan+lauk pauk = RMxxxx

memang sedap ayam hitam nya...
Quote msdummy.2018 25-1-2018 01:39 PM
bolamata replied at 25-1-2018 01:18 PM
memang sedap ayam hitam nya...

mahal x? kalo mahal berbaloi x dtg sekali lagi? bukan apa...ngeri makan mamak nie sebab herge.....tmbh2 area jalan TAR tuh...rela menempek kat food court sogo...kuantiti=price balance (SO-SO)...

dulu suka makan restoran BILAL area situ gak (kat kedai2 jual kain2 bnyk tuh)...tp skrg dah tutup....mgkn sb dia mahal sgt and kuantiti sikit....so hilang dr radar....
Quote bolamata 26-1-2018 07:30 AM
msdummy.2018 replied at 25-1-2018 01:39 PM
mahal x? kalo mahal berbaloi x dtg sekali lagi? bukan apa...ngeri makan mamak nie sebab herge..... ...

tak mahal... harga berpatutan..kalo amik nasi kosong + ayam hitam + sayur = rm7-8 macamtu harganya
Quote pearl.silver 26-1-2018 08:44 AM
Jangan kata mkn mamak je boleh kena sembelih
Kedai nasi campur melayu pun boleh sampi rm10 dan lebih untuk sepinggan nasi,lauk dan sayur
Quote palmolive 26-1-2018 11:55 AM
beeeee replied at 25-1-2018 12:00 PM
Wah menarik. Saya pun ada suka satu nasik kandar kat jalan tar,  Mohd Yaseem. Nangiss sedap sgt!!

lauk sotong dia padu
Quote beeeee 26-1-2018 11:57 AM

Yass tambah ada telur dalam tu!!! Eeeeee lapar la plak haah
Quote palmolive 26-1-2018 12:02 PM
beeeee replied at 26-1-2018 11:57 AM
Yass tambah ada telur dalam tu!!! Eeeeee lapar la plak haah

aku dh kecur air liur ni
Quote beeeee 26-1-2018 12:08 PM

Hahaha g la lari kejap lunch hour panjang kan harini. Tp waktu sekarang ni harus la org dah beratur sampai keluar
Quote palmolive 26-1-2018 12:10 PM
beeeee replied at 26-1-2018 12:08 PM
Hahaha g la lari kejap lunch hour panjang kan harini. Tp waktu sekarang ni harus la org dah beratu ...

hui..tak mo aku..dh buleh agak mesti panjang punya q dia..dulu tu aku gi time pagi2..lauk baru masak
Quote beeeee 26-1-2018 12:15 PM
palmolive replied at 26-1-2018 12:10 PM
hui..tak mo aku..dh buleh agak mesti panjang punya q dia..dulu tu aku gi time pagi2..lauk baru mas ...

Wey yang paling puas hati tu ayam goreng kopek kulit dia berasap! Eeeeeeeeee ajom ah wey!

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046490 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top