Kehidupan yang sibuk terutama sekali bagi mereka yang berkerjaya sememangnya menyebabkan kita kerap makan di luar. Ini kerana ianya lebih mudah sementelah penat seharian berkerja atau ketiadaan masa dek kerana kesibukan seharian di tempat kerja.
Tetapi sedar atau tidak semua tempat makan sebenarnya bersih dan mengikut piawaian kebersihan seperti yang ditetapkan. Jadi, tidak mustahil lah jika ada laporan atau berita yang melibatkan masalah dalam pengendalian makanan. Xiao Ling, 27 merupakan seorang kerani di sebuah syarikat di Zhejiang, China. Oleh kerana kesibukannya bekerja dia hanya menikmati hidangannya setiap hari melalui ‘food delivery’.
Dia juga dikatakan tidak bersukan atau melakukan apa-apa senaman. Dia telah menjalani gaya hidup yang tidak sihat tersebut dalam jangka masa yang agak panjang sehinggalah beberapa minggu yang lepas apabila dia telah diserang sakit perut yang sangat teruk selepas makan tengah hari. Walaupun dia merasa loya dan muntah-muntah, dia tetap berfikir sakit tersebut akan kembali pulih selepas mendapat rehat yang mencukupi. Bagaimapun, selepas dua hari, sakit perutnya semakin teruk dan dia memutuskan untuk berjumpa dengan doktor. Melalui imbasan yang dilakukan oleh doktor, terdapat sesuatu yang tidak normal dengan pankreasnya. Doktor mengesyaki yang dia mengidap ‘acute pancreatitis’ dan telah dipindahkan ke unit ICU sebuah hospital. Di sana, dia menjalani ujian darah, dan apa yang mengejutkan adalah doktor mendapati terdapat lapisan lemak terapung di dalam sampel darahnya. Tekanan darahnya juga sangat tinggi dan dia juga memerlukan transfusi darah sebelum keadaannya menjadi lebih kritikal. Sebanyak 2000ml plasma darah diperlukan untuk melakukan transfusi tersebut dimana darahnya ditapis menggunakan mesin sebelum dicampur dengan plasma darah yang baru. Plasma darah Xiao Ling berwarna seakan-akan susu. Ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan plasma darah yang normal yang kebiasaannya berwarna jernih atau kuning pucat. Keadaannya bertambah baik selepas melakukan transfusi darah namun laporan ujian darahnya sangat mengejutkan. Tahap triglycerides dalam darahnya mencecah 18 kali lebih tinggi daripada tahap yang sepatutnya. Ekoran itu, doktor terpaksa melakukan transfusi darah sekali lagi sebelum dipindahkan ke ICU untuk pemantauan yang lebih rapi. Setelah keadaannya stabil, Xiao Ling menyatakan dia gemar memakan ikan kukus, sup yang panas dan pedas, ayam goreng serta organ-organ dalaman babi. Dia juga mengakui sangat jarang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan selain jarang bersenam kerana pekerjaannya memerlukan dia untuk bermalam selama beberapa jam sehari. Doktor yang merawat Ling menjelaskan bahawa diet daripada makanan berminyak, makan secara berlebihan dan pengambilan alcohol merupakan antara punca pankreatitis. Sebenarnya tak salah untuk makan di luar tetapi perlu lah pastikan diet dan pola pemakanan yang seimbang bagi mengelakkan kita dihinggapi penyakit. Apa pandangan anda? Masih teringin nak makan di luar? -CARI |
20
Bagus |
7
Marah |
9
Terkejut |
5
Sedih |
17
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hasniey replied at 23-1-2018 06:09 PM
Bukan mkn luar jd punca.tp pilihan mknn tu.dah la beli mknn brlemak,minum arak lg
hasniey: Bukan mkn luar jd punca.tp pilihan mknn tu.dah la beli mknn brlemak,minum arak lg
onexox97: mcm bahaya je tapi kat china je kot
Atifan replied at 25-1-2018 08:59 AM
Makanan kt china mmg semua berminyak...kalau sapa2 yg pernah dok sana mmg tahu..
Cari-Amiey replied at 23-1-2018 10:37 AM
Betul la tu. Tapi bahaya makan makanan luar ni kita tak tau minyak dorang guna tu dah brapa kali r ...
ADVERTISEMENT