Anak lelaki kepada pasangan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam adalah antara anak artis yang paling mendapat perhatian ramai. Bila dah popular, mestilah ramai yang nak tawarkan job dan peluang untuk Syeriv atau mesra dengan nama Mat Yip ini muncul di program televisyen. Bercakap mengenainya, Syatilla, 27 menafikan yang mereka menjual atau mempergunakan anaknya, Syeriv Samheizy sebagai punca pendapatan dia dan suami. "Alhamdulillah rezeki dia sangat murah banyak tawaran dan kami juga merancang untuk keluarkan sendiri baju jenama Syeriv. "Tiada istilah saya menjual anak atau mempergunakan dia kerana dari awal lagi saya sudah berbincang dengan suami bahawa pendapatan yang dia perolehi adalah untuk masa depan dia nanti," katanya kepada mStar Online. Sementara itu, aktres jelita ini juga mengakui yang kehadiran Syeriv memang meberi rezeki dalm rumah tangganya. "Betul apa yang orang kata tentang rezeki anak. Saya nampak rezeki selepas melahirkan dia datang dalam pelbagai bentuk. "Sekarang saya bersyukur ramai orang yang sayang dia dan mahu tengok dia." Kecil-kecil pun dah kacak, geram tengok Mat Yip ni kan? -CARI |
aleesyasofia replied at 23-1-2018 03:28 AM
untung anak comel laku la.. kalo xbpe nk comel spe pon xpduli..
Kangkung1M replied at 23-1-2018 12:29 PM
Syeriv ni comel sgt...skrg dia rangking no 1 dlm senarai kepopularan anak2 retis
smpai de wartawan ...
ADVERTISEMENT