CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suka Cabut Rambut? Anda Mungkin Hidap Gangguan Mental Kerana...

23-1-2018 09:58 AM| Diterbitkan: Cari-Has| Dilihat: 11943| Komen: 27|Original author: Oleh: Has

Ramai tidak tahu sesetengah tabiat kita sebenarnya berkait rapat dengan gangguan mental. Antaranya, mencabut rambut. Perasan tak, kadang-kadang ada orang tak sedar dia sedang ralit mencabut rambut sendiri.


Adakalanya, mereka tidak menyedari sedang mencabut rambut ketika menonton televisyen, bermain dengan telefon pintar atau dalam mana-mana keadaan lain. 



Aik, takkanlah suka mencabut rambut pun dikaitkan dengan masalah mental, kan? Ya, nampak macam perkara remeh dan biasa dilakukan kebanyakan orang. Tapi, tahukah anda tabiat itu merupakan tanda gangguan psikologi?

Menurut WebMD dan MayoClinic seperti dipetik Sirap Limau, 'penyakit' suka mencabut rambut merupakan gejala psikologi Trichotillomania.



Apa itu TRICHOTILLOMANIA?


Foto: The TLC Foundation for Body

Keinginan kuat untuk mencabut rambut dalam keadaan sedar ataupun tidak. Ia juga dikaitkan dengan impulse disorder dimana rasa ketagih untuk membuat tabiat sama walaupun sedar perbuatannya itu boleh memudaratkan diri sendiri. Contoh impulse disorder lain termasuk ketagihan mencuri dan bermain dengan api. 


Apa simptomnya?


Foto: Yukepo.com

Seperti tidak terkawal, penghidap Trichotillomania akan terus mencabut rambutnya walaupun sedar kepala sudah semakin botak! Selain itu, kelakuan seperti suka memeriksa rambut dari akar dan memintal rambut. Lebih parah, mereka boleh mengunyah bahagian folikel iaitu lapisan pada akar rambut!


Bagaimana boleh berlaku?


Foto: Vix.com

Puncanya masih tidak dapat dikenal pasti. Ada berpendapat bahawa ia berpunca daripada aktiviti otak yang memberi kesan pada emosi, pergerakan dan tabiat tidak terkawal. 

Mungkin juga disebabkan tekanan perasaan, atau mana-mana emosi negatif seperti kesepian, keletihan dan juga kecewa. Bagi mereka, mengamalkan tabiat seperti ini dapat memberikan kepuasan dan emosi positif.


Kenal pasti Trichotillomania


Foto: Granibaba.in

Tiada ujian spesifik bagi mengesahkan penyakit ini. Namun, doktor akan merujuk kepada pakar psikiatri untuk rawatan selanjutnya bagi mengelakkan 'impulse disorder' ini daripada membahayakan diri sendiri.


Kesan


Foto: carmelhairtechnologies.com

Seperti yang anda tahu, kekerapan mencabut rambut boleh membuatkan kepala menjadi botak. Lantas, menyebabkan pesakit hilang keyakinan berhadapan orang lain serta ingin menyembunyikan bahagian botak tersebut.


Macam mana nak rawat?


Foto: Twitter

Gantikan tabiat tidak sihat ini dengan tabiat lain. Jika gian mencabut rambut, cuba untuk bertenang dan melakukan perkara lain bagi meredakan keinginan tersebut. Atau boleh cuba menyibukkan diri dengan melakukan perkara lain yang lebih berfaedah. 

Tanam dalam fikiran bahawa tabiat ini memudaratkan diri serta membuang masa! - CARI
3

Bagus
19

Marah
15

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 23-1-2018 10:02 AM
Iols suka cabut rambut jgk..geram sbb rambut rosak punya pasal..
Quote Oroi8887 23-1-2018 10:03 AM
Omg, i ada tabiat ni masa zmn remaja hahah.. tgh baring or tgk tv suka sgt cabut rambut tgh2 kpala. Tp lepas tu dh insaf sbb nmpk rambut kurang area cabut tu{:smile
Quote Sazida 23-1-2018 10:40 AM
{:cryrun situasi iols sekarang mcm gini lah.dah almost 14tahun cmni. Dlm 14 thn tu  Setahun 3kali iols mesti botak. Sbb cabut. Mmg rasa ketagih. Bab makan folikel rambut tu pun betul. Cuma iols gigit je. Pastu buang. Now tgh usaha xnk cabut sbb  bakal husband xsuka iols rambut botak n nak rambut panjang. (Iols terlalu jujur cerita mslh ) {:nose
Doakan iols boleh berambut panjang. {:cryrun
Quote meteorspeed 23-1-2018 10:54 AM
alamak aku pun sama suka cabut rambut sampai botak..kalu iols stress lagi lebat iols cabut
Quote moonbug 23-1-2018 11:03 AM
Sazida replied at 23-1-2018 10:40 AM
{:cryrun situasi iols sekarang mcm gini lah.dah almost 14tahun cmni. Dlm 14 thn tu  Setahun 3kali io ...

I pun sama. Ramai rupanya ada masalah ni. U pernah consult doc tak? Tak tau mcm mana nak seek help, mcm takde treatment je masalah ni
Quote moonbug 23-1-2018 11:03 AM
meteorspeed replied at 23-1-2018 10:54 AM
alamak aku pun sama suka cabut rambut sampai botak..kalu iols stress lagi lebat iols cabut

We are in the same boat. Ada professional treatment ke masalah ni?
Quote meteorspeed 23-1-2018 11:06 AM
moonbug replied at 23-1-2018 11:03 AM
We are in the same boat. Ada professional treatment ke masalah ni?

iols pun tak tau..kang g jumpa pakar psikiatrik org kata giler..iols tak tau tue sejenis penyakit
Quote moonbug 23-1-2018 11:09 AM
meteorspeed replied at 23-1-2018 11:06 AM
iols pun tak tau..kang g jumpa pakar psikiatrik org kata giler..iols tak tau tue sejenis penyakit
...

Samalah kita tak tau nak explain mcm mana. Benda ni yg trigger selalunya stress. Takkan nak mkn ubat penenang pulak setiap kali stress kan. Lps tu bila tgk rambut mcm nipis tambah stress, nnt cabut lagi. Aghhhhh
Quote cmf_Kimmy 23-1-2018 12:14 PM
dulu suka sgt cabut rambut, cari rambut yg agak2 kerinting...jadi habit betul. Bertahun2 tu je kejenya, sekali ambik kau, semakin meningkat usia, semakin rambut menipis, setengah2 tempat rambut hampir2 botak.

Entah macam mana  terus stop sendiri....takut tgk rambut menipis.
Quote meisapoya 23-1-2018 12:19 PM
Iols pernah jgk mase zaman sekolah dulu2. Terpengaruh tgk kwn buat. Lps tu, tgk kepala kwn dh botak, terus stop cabut rambut sdri.
Quote deekhan 23-1-2018 01:31 PM
dlu aku pun gigih cabut rambut
Quote Sazida 23-1-2018 01:33 PM
moonbug replied at 23-1-2018 11:03 AM
I pun sama. Ramai rupanya ada masalah ni. U pernah consult doc tak? Tak tau mcm mana nak seek help ...

Penah. Tp as usual doc ckp scalp irritation. Bg ubat cream syampu yg hrga yahudi. Penyudahnya tak jd jugak. Now iols kt bilik pakai scarf..eventho iols baring2. Nak bg rambot cepat tumbuh tu,lps mndi iols spray Cuka epal(let it dry) pastu guna minyak rambut buah keras and serum rambut tropika bioherb.. masa mandi iols guna selsun botol kuning ( kalau ada kelemumur yg berkerak melekat kt kulit kepala  tu pun boleh hilang,trust me. Guna 2-3x a week. Drugstore xsure ade ke tak. Iols beli kt shopee sbb murah). Daily shampoo iols pakai himalaya yg warna biru. So far rambot dah tumbuh elok. Suka sgt sbb dah berazam xnak cabut lg dah.
Quote Sazida 23-1-2018 01:38 PM
moonbug replied at 23-1-2018 11:03 AM
I pun sama. Ramai rupanya ada masalah ni. U pernah consult doc tak? Tak tau mcm mana nak seek help ...

Kalau seek treatment pun kos nya lebih mhl. Baik kita jaga mental kite je.pesan jgn cabut wlpn gtl. Iols slrg kalau gatal je mesti iols busykan diri. And paling penting jauhkan diri daripada penyepit bulu tu. Berhantu.
Quote cewekbopot 23-1-2018 03:41 PM
Sazida replied at 23-1-2018 10:40 AM
{:cryrun situasi iols sekarang mcm gini lah.dah almost 14tahun cmni. Dlm 14 thn tu  Setahun 3kali io ...

omaiiiii i'm not alone !!!
kita kna tubuhkan club


Quote Sazida 23-1-2018 07:54 PM
cewekbopot replied at 23-1-2018 03:41 PM
omaiiiii i'm not alone !!!
kita kna tubuhkan club

Ayuh kita bina .. u in charge. Nanti i pm nom wasep. Serius ni. Boleh la kita bertanya and luah perasaan.
Quote mandak20 23-1-2018 08:35 PM
Rambut gatal: Sangat hitam, tebal semacam, agak wavy, sometimes ada part sangat tebal ada yang nipis. Kalau dapat cabut sampai akar, rasa gatal sikit tapi best.
Quote merry01 23-1-2018 11:52 PM
lahh aku ingat aku sorang je ade tabiat macam nih punca aku start cabut rambut sebab kulit kepala gatal..pastu macam forummer atas cakap ni rambut gatal (rambut tu tebal so jadi ketagih nak cabut) tapi dah stop lepas bahagian depan botak weh...tabiat tu pun takde dah sekarang ni alhamdulillah
Quote onexox97 24-1-2018 12:37 AM
meteorspeed replied at 23-1-2018 11:06 AM
iols pun tak tau..kang g jumpa pakar psikiatrik org kata giler..iols tak tau tue sejenis penyakit
...

tak semua pergi psikiatri tu gila
jangan risau la
Quote onexox97 24-1-2018 12:38 AM
kawan saya suka tarik rambut yg terpacak macam tu
penah jugak ikut tapi tak ketagihpum

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.080453 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top