Sekarang ini ramai ibu bapa yang prihatin dengan pemakanan anak-anak. Maklumlah, makanan sekarang banyak yang tercemar dengan kandungan yang tidak baik untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi banyak penyakit yang berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat. Ramai ibu bapa yang menyahut kempen membawa bekal ke sekolah demi memastikan anak-anak dapat makan makanan berkhasiat yang disediakan di rumah. Sanggup si ibu bangun awal pagi semata-mata untuk memasak dan menyediakan bekal untuk ke sekolah. Tetapi, kisah yang diceritakan oleh Aida Puan Sri Squeq di laman facebook ini dilihat seperti menyayat hati. Murid tersebut membawa bekal beberapa biji kurma dan kismis ke sekolah untuk di makan pada waktu rehat. Bagaimanapun, murid tersebut dikatakan tidak kenyang dan sanggup mengutip dan makan sisa makanan murid-murid lain di kantin sekolah.
Ramai netizen yang marah dan tidak berpuas hati dengan ibu bapa murid tersebut kerana hanya membekalkan kurma dan kismis. Netizen pun dah maklum yang cikgu tidak boleh ambil tindakan sesuka hati ke atas murid. Silap haribulan cikgu pula yang kena saman. Kan dah banyak kes cikgu kena saman oleh ibu bapa murid? Ada yang tuduh wanita ini mereka-reka cerita walaupun niat sebenarnya ingin menyedarkan ibu bapa agar membekalkan makanan yang mengenyangkan untuk anak-anak di sekolah. Malah, pihak sekolah pun sudah tahu mengenai kelakukan murid tersebut tetapi dibalas negatif oleh ibu murid. Macam-macam hal lah. Zaman sekarang ini, walau dah bawa bekal ke sekolah, kebanyakan murid masih lagi diberi wang saku walau RM1. Maklumlah, budak-budak tidak mampu menahan melihat makanan-makanan yang dilihat lazat dan sudah tentu teringin untuk merasa. Kalau tidak mahu anak-anak makan makanan yang tidak berkhasiat sekalipun, didiklah anak tentang kenapa makanan itu tidak elok untuk di makan. Apa pendapat kalian? - CARI
|
9
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
1
Sedih |
1
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Victorioussss replied at 19-1-2018 12:35 PM
Murung baca cerita ni. Kesian..sedih!
Budak2 biasala suke makan..
mieymiey: I dalam mood sedih baca komen u. Tapi sampai part " Dik, moga kau besar nanti tak revenge bagi mak kau dah tua tu mkn kurma kismis hari2' i ter ...
ADVERTISEMENT