Alhamdulillah, semalam aktor terkenal Datuk Adi Putra baru sahaja selamat bernikah semula dengan bekas isterinya, Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof. Berita baik tersebut dikongsikan oleh rakan baik pasangan itu, Datuk Nurulhidayah yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Instagram miliknya. Nurul yang kini berada di Mekah untuk mengerjakan Umrah memuatnaik foto Adi sedang menyarungkan cincin ke jari Aida. Foto itu turut beserta kapsyen mengucapkan tahniah buat pasangan itu. “Salam tahniah dari Madinah buat @adpadiputra dan @aidayusof15... Bangga dengan kamu. “Selamat pengantin baharu”... eh... lama... Baharu... Ehh,” tulis Nurul Zahid. Hampir keseluruhan komen oleh pengikut di laman sosial Nurul turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah serta mendoakan jodoh Adi dan Aida berkekalan sehingga akhir hayat. Sejurus selepas itu Adi dan Aida turut memuatnaik foto berkongsikan hari bahagia mereka di instagram. K Kapsyen yang dikongsi Adi telah menarik perhatian netizen dan rata-rata bersyukur dengan pernikahan tersebut. Adi dan Zuhaidah berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 dan namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia enam tahun. Pelakon itu kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016. Bagaimanapun, Adi dalam kenyataannya menerusi Instagram pada 23 Mac tahun lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua isterinya itu. - CARI |
10
Bagus |
14
Marah |
14
Terkejut |
5
Sedih |
10
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
NonaNaga replied at 19-1-2018 12:17 AM
Dh berapa kali dia nikah/rujuk semula
rosehoney79 replied at 19-1-2018 12:18 AM
Taktaulah ni...kali kedua ke ketiga ni?
pichee replied at 19-1-2018 12:20 AM
Bini yg 1st or 2nd..m
rosehoney79 replied at 19-1-2018 12:18 AM
Taktaulah ni...kali kedua ke ketiga ni?
jargon replied at 19-1-2018 12:31 AM
Patotla kt ig hashtag #setiapadayangsatu# pic brgambo gn aida...ank agkat diorg dah rupa aida sgt... ...
ADVERTISEMENT