Dr Zubaidi Hj Ahmad, seorang doktor terkenal di Facebook yang sering berkongsi info kesihatan dan sebagainya. Baru-baru ini dia ada memuat naik satu status, menyatakan ketidakpuasanhatinya terhadap golongan peniaga. Eh, Kenapa pula?
Tulisnya, ramai peniaga masa kini sudah tidak mempunyai adab kerana hanya memanggil dirinya dengan panggilan 'Encik' walaupun peniaga tersebut tahu mengenai status dan pekerjaanya. Apa yang mengundang rasa tidak senang adalah peniaga tersebut merupakan orang yang jauh lebih muda darinya. Bagi Dr Zubaidi, peniaga mestilah tahu 'mengambil hati' pelanggan dengan menggunakan Bahasa Melayu yang tinggi. Penjual seharusnya memanggil seseorang itu dengan gelaran yang selayaknya seperti Dr atau Tuan.
Gara-gara luahan ini, Dr Zubaidi menerima pelbagai reaksi negatif dari netizen. Ada yang memberi cadangan supaya dia gantung sahaja pangkatnya di leher kalau mahu dirinya sentiasa disanjung. Walau bagaimanapun sesetengah netizen pula menyokong kerana bagi mereka nama panggilan adalah sangat penting sebagai tanda kita menghormati sesama sendiri. Selepas dikritik hebat, Dr. Zubaidi ada memuat naik status Facebook terbaru menyatakan dia juga menghormati semua orang dengan panggilan 'Tuan' walaupun mereka hanya bekerja sebagai pemandu lori atau suri rumah. Penting sangat ke nama panggilan, pangkat dan darjat? Apa pula pendapat anda? -CARI
|
7
Bagus |
12
Marah |
7
Terkejut |
21
Sedih |
13
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kucingitam replied at 18-1-2018 11:20 AM
rasanya dia nak highlight pasal budi bahasa peniaga melayu vs cina kot..
tapi mmg selalunya peniag ...
ADVERTISEMENT