Kalau ke Melaka, memang tak sah kalau tak makan asam pedas. Bagaikan sudah sinonim dengan Melaka nama asam pedas ni. Tak terkira banyaknya restoran dan gerai di bandar raya Melaka dan kawasan sekitarnya. Kalau setiap hujung minggu pergi Melaka makan asam pedas di kedai berbeza pun tak puas, rasanya.
Kalau tanya orang Melaka di mana tempat makan asam pedas best, pasti mereka akan jawab di Pasar Borong Batu Berendam. Perniagaan bermula jam 6 petang sehingga 5 pagi. Deretan kedai di sini menyajikan pelbagai masakan panas. Tapi, tentulah asam pedas menjadi tumpuan ramai. Restoran ini terletak di bahagian belakang Pasar Borong. Lebih menarik, kawasan parkir dan tempat duduk pelanggan juga luas.
Ada pelbagai jenis asam pedas di sini. Beraneka jenis ikan, daging tetel, telur ikan dan lain-lain. Yang penting, ikannya segar dan kuahnya yang pedas-pedas masam memang memikat selera. Kalau suka kuah asam pedas yang cair sedikit dan teringin nak hirup kuahnya, inilah tempatnya! Kalau nak jenis pekat dan pedas menyengat, boleh cari di tempat lain. Nasi lemak pun ada, tau. Pelbagai jenis sayuran, sup beraneka rasa dan telur pelbagai gaya boleh dipesan. Kalau pesan asam pedas, disajikan sekali dengan set nasi dengan sayur-sayuran, keropok udang atau ikan dan telur asin. Tempat ini memang happening terutama ketika petang menjelang senja. Berbaloi datang sebab asam pedasnya memuaskan hati. Asam Pedas Telur Ikan paling enak dan mendapat permintaan tinggi kerana isinya banyak dan cukup mesra dengan kuahnya. Begitu juga asam pedas kepala ikan Jenahak (agak besar juga!) dengan harga RM28 yang boleh dimakan sehingga tiga orang. Memang seronok makan di sini pada hari bercuaca baik (boleh tengok bintang di langit pada waktu malam) kerana ia jauh dari hiruk-pikuk bandar raya dan kesesakan lalu lintas sepanjang masa. Alamat: Asam Pedas 203 (Jamilah Md Aris), Jalan Iks.M4, 75350 Melaka Asam pedas kegemaran ramai, itu sudah semestinya! Datanglah dan nikmati sendiri, pasti teringin datang lagi! - CARI |
19
Bagus |
18
Marah |
13
Terkejut |
15
Sedih |
27
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT