CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nasi Goreng Cabai Kering Tumbuk, Nikmatnya Sampai Makan Berpinggan-Pinggan

18-1-2018 12:24 PM| Diterbitkan: Cari-Hafizi| Dilihat: 20476| Komen: 51|Original author: Oleh: Apish Apijjie

Nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng pattaya dan macam-macam lagi nasi goreng yang ada hingga kadang-kadang pening nak makan yang mana.

Bahan-bahan serta cara masakannya juga berbeza mengikut jenis serta tukang masak itu sendiri, apa yang utama adalah untuk menjadikan rasanya sedap hingga licin pinggan.

Tetapi ada satu nasi goreng yang mana jika anda membesar dalam suasana kampung pasti pernah makan dan rasanya sangat luar biasa sedap dimasak oleh emak atau opah.

Nasi Goreng Cabai Kering Tumbuk. Dengar sahaja namanya pasti membuat kita teringat keenakan hidangan berkenaan semasa dinikmati. Ada rasa pedas, masin, tak perlu lauk sebab dah ada ikan bilis serta telur ayam yang dipecahkan.


Jadi di sini kami ingin kongsikan kepada anda resipi Nasi Goreng Cabai Kering Tumbuk! Tak renyah langsung.

Bahan-Bahan:
Telur
Bilis
Nasi putih
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering

Hanya enam bahan sahaja

Cara-cara 

1) Potong cili kering dan rendamkan dalam air panas untuk bagi dia lembut jadi senang nak tumbuk

2) Masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis lalu ditumbuk sehingga lumat

Tumbukkan semua bahan tadi hingga lumat
3) Panaskan kuali dan masukkan minyak masak

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak
4) Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik minyak atau bau wangi

Tumis bahan ditumbuk hingga wangi

5) Pecahkan telur lalu digaul bersama bahan tumis tadi sehingga masak

Pecahkan telur dan hancurkan 
6) Akhir sekali masukkan nasi dan perasakan dengan garam lalu gaul dan biarkan ia seketika sebelum ditutup api.

Mudah bukan? Tak susah mana pun nak sediakan makanan yang amat senang tetapi begitu sedap!

Tips: Bila masak nasi goreng pastikan ia betul-betul masak dan panas. Nak tahu ia masak betul adalah bila kita lihat nasi tu mula keluar asap. 

Selamat mencuba semua. -CARI

Kredit Resipi: Hafizy Agy
12

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 18-1-2018 01:12 PM
ni la style n.goreng aku selalu bawak bekal..klu dah jemu aku tambah sosej pulak.. atau letak sayur sikit..klu takde cabai kering cabai hidup pun boleh..
Quote krustykrab 18-1-2018 02:49 PM
kelas ko, goreng nasi guna olive oil
Quote SalenaGomez 18-1-2018 03:04 PM
myakayina: ni la style n.goreng aku selalu bawak bekal..klu dah jemu aku tambah sosej pulak.. atau letak sayur sikit..klu takde cabai kering cabai hidup pun bole ...

Sg pon biasa buat mcm ni..sedap hamat...cuma sg tukar pakai chili flakes lebihan dr Pizza Hut n domino
Quote chinta89 18-1-2018 03:15 PM
my peveret ni
Quote makton 18-1-2018 03:48 PM
aku masa form 2 dulu, sebelum pegi sekola sesi petang mmg hari2 goreng nasi cili kering ni buat makan sebelum pegi sekolah.
Quote yangsemb 18-1-2018 08:05 PM
Yumm yummsss {:cryrun
Quote RatuDunia94 19-1-2018 07:35 AM
Ni sarapan pagi iols zmn sekolah dulu.. Mak iols masak bg kami adik beradik makan tiap pagi..
Quote msamyrazi 19-1-2018 08:24 AM
nasi goreng mmg favourite i . tp kalau nak masak yg ini kena `buang` telur dan ikan bilis sebab alah .
Quote dekmieDandy 19-1-2018 09:05 AM
ada sape2 tahu pengganti yg best untruk ikan bilis ni tak

xleh nak makan selalu sgt

gout
Quote kurga 19-1-2018 12:36 PM
dekmieDandy replied at 19-1-2018 09:05 AM
ada sape2 tahu pengganti yg best untruk ikan bilis ni tak

xleh nak makan selalu sgt

x boleh mkn ikan langsung ker? kalau boleh ikan lain.. guna la ikan tamban buat ganti..
Quote sapeka 19-1-2018 01:07 PM
tak pernah cuba
nanti nak try
Quote dekmieDandy 19-1-2018 03:32 PM
kurga replied at 19-1-2018 04:36 AM
x boleh mkn ikan langsung ker? kalau boleh ikan lain.. guna la ikan tamban buat ganti..

ikan bilis ni paling kuat bisa gout selain shellfood

tu tengah cari pengganti ni

nnt saya try ikan tamban, TQ
Quote gam_gajah 19-1-2018 04:48 PM
dekmieDandy replied at 19-1-2018 09:05 AM
ada sape2 tahu pengganti yg best untruk ikan bilis ni tak

xleh nak makan selalu sgt

ikan apa2 pun kalau goreng, pastu perisi isi ikan tu buh dalam nasi goreng pun sedap

Quote msdummy.2018 19-1-2018 05:19 PM
wow!macam sedap jer
Quote dubuk 19-1-2018 08:48 PM
tengah tengah bulan ni hmmm sedapnyaaa
Quote missDollie 19-1-2018 08:51 PM
Aku panggil ni Nasi goreng nenek2...emmm..daappp
Quote precious_chicas 21-1-2018 03:30 AM
ai salu rebus kejap cili kering, then tumbuk dengan bawang kecik dan udang kering untuk dapatkan effect rasa & bau belacan.
goreng tu dgn telur hancur2 rata then buh nasi....perghhh. Ala....lapa....
Quote yayangmama 22-1-2018 11:08 AM
nasi grg camni lah sy msak almost everyday

smpai naik muak, heheheh tp kalau panas2 trus makan mmg laju

ni da bwk bekal mkn time lunch...da x pns

abang saya masa g bercuti xde i.blis...ada belen ikan caru...

perghhhhh...dappp sgt...tumis lelama, tp sy buat x jd, x ilang rasa ikan caru tu

Quote msdummy.2018 22-1-2018 03:45 PM
nyum nyum...feverett

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.217272 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top