CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Murung Jatuh Tingkat Satu Bangunan Sekolah

17-1-2018 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5090| Komen: 25

Pelajar perempuan Tingkatan Lima cedera di kepala selepas jatuh dari tingkat satu bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenagor, Kuala Berang, dalam kejadian 7.20 pagi semalam.




Memetik BH Online, mangsa yang dipercayai mengalami kemurungan itu dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Penyiasat dan pegawai perhubungan sekolah menemui mangsa di hospital sebaik sahaja menerima laporan kejadian kira-kira jam 10 pagi, kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud.

"Berdasarkan perbualan dengan bapa pelajar itu, kami dimaklumkan mangsa sering kemurungan dan mengalami halusinasi.


"Bapa mangsa juga memaklumkan anaknya sudah bertukar dua sekolah kerana masalah yang dihadapi itu," katanya.


Foto: BH Online/PDRM

Tambahnya, adik mangsa berusia 16 tahun yang turut belajar di sekolah sama ditugaskan memantau keadaan kakaknya itu.

Difahamkan, mangsa mengalami kemurungan sejak dua tahun lalu dan pernah dihantar ke Madrasah Khairul Insan, Jenagor, untuk memulihkan penyakitnya itu. - CARI
9

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ~boolean 16-1-2018 06:11 PM
dari hantar ke madrasah, baik hantar ke hospital. buat diagnosis...
cari pakar, kaunselor dan sewaktu dengannya.
Quote dinopower2 16-1-2018 06:12 PM
~boolean replied at 16-1-2018 06:11 PM
dari hantar ke madrasah, baik hantar ke hospital. buat diagnosis...
cari pakar, kaunselor dan sewak ...

ingat senang ke nak hantar spital.... family klau kes gini tak maunya masuk wad seme.....huhu
Quote CiliPadiSedap 16-1-2018 06:24 PM
dua2 kena hantar. budak2 biasanya kes putus cinta depress keluarga

tapi kalau gangguan jin kena usaha cara rawatan lain.

sbb antara rawatan modern dan kampung ada grey area which is hospital tiada kepakaran rawat gangguan jin.

Quote samasam90 16-1-2018 08:20 PM
ne kes kemurungan ke hal mistik?
Quote Pixie902 16-1-2018 09:01 PM
Kesian adik ni.  Harap dia dapat pulih dan meneruskan kehidupan macam anak2 normal. Apalah agaknya punca kemurungannya since ia baru bermula sejak 2 tahun lepas je.  Mungkin ada something traumatic happened to him?  Kena buli?  Gangguan makhluk halus?
Quote CardiGans85 17-1-2018 10:05 AM
Klu ikut artikel, adik ni ade mslh jiwa. Kena jumpa pakar jiwa kt hospital. Buat pemeriksaan fizikal juga. Something wrong somewhere.
Quote sekngucing 17-1-2018 10:10 AM
ni belum dengar lagu hissteria lagi... kalau dengar.. melompat naik balik ni..
Quote Supersirap 17-1-2018 10:51 AM
Semoga adik kita mendapat kesembuhan secepat mungkin
Quote Supersirap 17-1-2018 10:51 AM
Semoga adik kita mendapat kesembuhan secepat mungkin
Quote haryatie 17-1-2018 11:10 AM
siannyaaa
apalah yg mengganggu dia..
semoga cpt sembuh
Quote pearl.silver 17-1-2018 11:50 AM
Budak kemurungan hantar tahfiz
Budak nakal xdgr kata hantar tahfiz
Budak lembam lambat membaca menulis hantar tahfiz
Multitaksing sekolah tahfiz ni..
Semoga adik ni dapat dirawat dgn rawatan yg betul
Quote batmana 17-1-2018 01:20 PM
aku heran dgn yg kene histeria ni
kenapa balik2 rasuk bdk2 meracau cmtu aja

napala tak buat2 terapung di udara cm filem omputih tu
nmpkla gerun sket klu bdk2 tgk.

ketinggalan zmn btul makhluk yg rasuk tu
Quote chipsmoremore 17-1-2018 01:27 PM
pearl.silver replied at 17-1-2018 11:50 AM
Budak kemurungan hantar tahfiz
Budak nakal xdgr kata hantar tahfiz
Budak lembam lambat membaca men ...

kan..

aku pun perasan



Quote rosasen 17-1-2018 04:46 PM
batmana replied at 17-1-2018 01:20 PM
aku heran dgn yg kene histeria ni
kenapa balik2 rasuk bdk2 meracau cmtu aja

hahahahahahahahahah

komen ko masuk akal.. tengs wat aku ketawa ptg ni


hahahahahahhahahah
Quote MengkuduMasam 17-1-2018 04:50 PM
apesal histreria jer mesti ummah melayu...

jin2 tu ade masalah komunikasi ngan bangsa lain ker?
Quote kucen_miang 18-1-2018 02:22 PM
pearl.silver replied at 17-1-2018 11:50 AM
Budak kemurungan hantar tahfiz
Budak nakal xdgr kata hantar tahfiz
Budak lembam lambat membaca men ...

abis pusat tahfiz dipenuhi budak2 bermasalah.
Quote insulin 18-1-2018 02:26 PM
Kesian. Semoga cepat sembuh.
Quote puteribaya 18-1-2018 02:52 PM
Pixie902 replied at 16-1-2018 09:01 PM
Kesian adik ni.  Harap dia dapat pulih dan meneruskan kehidupan macam anak2 normal. Apalah agaknya p ...

i suspen jer kalau negeri2 hujung sana..kot2 kes haruan banyak yg suka memakan anak sendiri dgn alasan mama haruan dah tak hot lagi. sisik dah kurang kilat
Quote DollahRepek 18-1-2018 03:04 PM
Harap adik cepat sembuh

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.044075 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top