CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pilih Solat Atau Nak Berhenti Kerja?-Ugutan Majikan Ini Timbulkan Amarah Ramai

16-1-2018 04:55 PM| Diterbitkan: Cari-Aimi| Dilihat: 11230| Komen: 42|Original author: Oleh: Aimi

Sebelum ini isu pekerja tidak dibenarkan bertudung. Kali ini lebih parah lagi kerana ada individu yang mendakwa sesetengah majikan tidak membenarkan mereka untuk menunaikan solat.


Tweet yang dimuat naik oleh seorang netizen ini mendakwa pihak pengurusan salah satu jenama pakaian sukan terkenal memberi amaran keras kepada pekerjanya supaya jangan solat!

Jika ingkar, mereka boleh memilih untuk berhenti kerja serta-merta. 


Jika dilihat dari mesej hatsapp tersebut, kata-kata majikan tersebut memang berbaur ugutan.
Ramai yang geleng kepala seakan tidak mempercayai adakah situasi ini benar-benar berlaku, apatah lagi di Malaysia, sebuah negara Islam?

Susulan daripadanya, seorang netizen yang pernah mempunyai pengalaman bekerja di syarikat yang sama, dia menegaskan yang perkara tersebut adalah tidak benar atau mungkin terjadi di sesetengah outlet sahaja.

Sementara itu, sesetengahnya beranggapan isu ini timbul kerana ada golongan pekerja yang selalu mengambil kesempatan. Kata mahu solat,  tetapi sengaja melengahkan masa dan mencuri tulang ke tempat lain.

Dalam isu ini, tak tahulah siapa yang salah dan yang betul. Harap dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik atau ramai yang mengalami nasib begini. -CARI
8

Bagus
20

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 16-1-2018 05:00 PM
JD sport? Ok i kiss u goodbye.lagipun chuols jual puma feirce mahal sgt.

Pastu korang pun, solat jelah.jgn la ambik kesempatan ngular plak.dont give solat a bad name
Quote damian_lee 16-1-2018 05:19 PM
Kalau solat zohor mcm solat sunat aidilfitri
Aku pun mengamuk sbg boss
Mmang solat itu tanggung jawab WAJIB
Tapi jangan lupa amanah yang dipikul juga akan di tanya yach
Aku dah kerja dengan few MNC
Most of the time diorang x kisah
Diorang kisah bila mengular
..
Quote missinpiece 16-1-2018 05:50 PM
X menahan komen no solat no prayer..mcm akal letak kt lutut je.
Yg sentap2 xbleh semayang bla2 mcm x reti2 nak sesuaikan diri. Kenala pandai2 cari masa. Xkan rehat nak sejam, g solat lagi, g toilet lg, mekap n betulkan tudung lg..
Quote kroit92 16-1-2018 06:10 PM
ex-boss aku dulu tak bagi lunch break.. 8 to 6.30 straight everyday, kejam gila
tapi waktu solat, aku keluar jugak pegi surau,
solat 10-15 minit, masuk office balik

tapi suasana tempat kerja tak sihat. semua bergaduh. sekejap je keje aku quit, lari
ada partner baru masuk keje pun curi tulang. lantak ko, aku quit, baru terkontang-kanting kau nak buat kerja. sebelum ni ada je alasan
Quote Artemesiaa 16-1-2018 06:49 PM
Kena dengar penjelasan dari dua2 pihak baru boleh bagi pandangan.  Kadang nak salahkan majikan 100% pun tak boleh juga sebab staff zaman sekarang ni sukar mengular.  Alasan nak gi solat tapi berlama-lamaan dari waktu yang dibenarkan mana tak jadi masaalah.
Quote CardiGans85 16-1-2018 06:56 PM
Jgn la x bole solat..ada ke lg tmpt keje mcm ni?mcm tipu je
Quote airmineral 16-1-2018 08:17 PM
Maybe sbb ramai ambil kesempatan kot smp majikan buat camni. Stress kalau ada pekerja ngular he
Quote ~boolean 16-1-2018 10:42 PM
ayat memang angkuh...

tapi segelintir peel meleis lah yang buat jahanam nama agama sampai keluar ayat angkuh sebegitu...

macam tempat aku ni, habis jam 5.30...
masuk asar terus berdesup ke surau alasan nak sembahyang...tapi mengulor sampai setengah jam.
macamlah tak boleh buat lepas habis waktu kerja...

alasan tak baik lewat-lewatkan waktu sembahyang...
tapi..
bila pergi bershopping, asar jam 4.30, pukul 7 baru terhegeh-hegeh cari surau nak sembahyang.
yang penting dapat bershopping dulu.
Quote missDollie 16-1-2018 10:54 PM
JD tu haper?
Quote PongKang 17-1-2018 12:42 AM
kat opis lama dulu mmg cmni xle solat.. sampai kan bebudak customer service nak gi solat disoal mcm polis interrogation gitu.. last2 aku geram aku sound, meh la tgk dorg sembahyang.. atau suh dorg sembahyang depan u lah! diam je ah so tu...
Quote hyie 17-1-2018 01:39 AM

The letters JD in JD Sports stand for the initials of the founders of the company, John & David. In 1981, the company was established by John Wardle and David Makin, trading from a single shop in Bury. In 1983, the company opened a store in the Arndale Centre in Manchester.
Quote samperit 17-1-2018 07:12 AM
Just nak share something.

Tempat i keje ni, surau share. 1 surau utk semua office block, lebih kurang 6 blocks in total. So far ok, x pernah lagi lah kena Q utk solat.

Cuma, the thing is time solat ramai org ambik kesempatan utk tido & tgk cite Korea dlm surau.  Tido tu yg x menahan sampai ambil space utk org solat, mmg x sensitive langsung. Selfish.

Kalau ikutkan time lunch boleh je pegi solat sekali bukan lama pun, tapi ntah lah
Quote eyansss 17-1-2018 08:24 AM
damian_lee replied at 16-1-2018 05:19 PM
Kalau solat zohor mcm solat sunat aidilfitri
Aku pun mengamuk sbg boss
Mmang solat itu tanggung ja ...

diorang lupa yang kerja juga satu ibadah yang wajib dilakukan tanpa culas dan penuh bertanggungjawab...
Quote eyansss 17-1-2018 08:30 AM
kroit92 replied at 16-1-2018 06:10 PM
ex-boss aku dulu tak bagi lunch break.. 8 to 6.30 straight everyday, kejam gila
tapi waktu solat, a ...

uish...  dah boleh kena dengan jabatan buruh tu...  mana boleh tak bagi lunch break...  kena bagi sejam wooo...
Quote RooneyMara 17-1-2018 08:41 AM
Mamat tu ckp betul yg byk org pegi mengular n amik masa lebih walaupun ckp gi solat. Tp company tu (or maybe supervisor some branch) mmg obvious tak bg break utk solat. He could have said "all Muslim, take note solat break is only for 10 mins n kena gilir2 ". Ni tak, terus ckp tak boleh solat.

Sales person n yg jaga kedai kat JD n sport direct I tgk ramai malays. Nak ke diaorg semua resign??? Tak considerate langsung
Quote mieymiey 17-1-2018 08:58 AM
Kalau betul boss ni langsung tak bagi masa untuk solat, mungkin lepasni takyah la ambil pekerja Muslim.
Quote chinta89 17-1-2018 09:07 AM
pihak satu lagi cakap ape.
Quote fushimi 17-1-2018 09:48 AM
management JD patut selidik benda ni

kadang supervisor some outlet ada jugak yang super sakai bangang

jangan nanti JD bakalan di boikot  

Quote krustykrab 17-1-2018 10:06 AM
aku rasa diorg ni ambik kesempatan buat solat sunat itu ini, pastu bos non muslim ingat byk nau solat ko hari2....

bayangkan ko pi solat , pastu ko bersembang masa wuduk, nak bertelekung ko bersembang lagi, habis solat ko sembang lagi, pastu ambik masa berejam depan cermin nak lilit tudung ko yg dah mcm tudung meja tu kat kepala ko sambil tersengih ingat lawa sgt...dah habis 1/2 jam kat situ je...

masa lunch ko blh je gi solat zohor, tp ko ambik kesempatan utk bergebang huha, masuk pukul 2 baru terhegeh2 nak zohor, 1/2 jam dah kat situ

asar pulak, ko rembat lagi 1/2 jam, lps tu pukul 5 ko dah off PC, angkat beg goyang kaki, tanak buat keje dah...

ko rasa bos ko tak prihatin ke atau ko yg tak beriman?

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.117043 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top