Apa yang anda buat dengan lebihan (leftover) nasi malam tadi? Ramai yang buat nasi goreng kan? Kalau leftover roti pula, kadang-kadang sampai berkulat tidak disentuh. Apa kata kali ini, ikut resipi yang dikongsi oleh dua netizen bergelar ibu muda dalam mempelbagaikan menu untuk anak-anak. Nana Ruzzana berkongsi resipi manisan dari leftover nasi. Manakala Yan Diana pula memberi kelainan dengan menggoreng leftover roti dengan menggunakan bahan-bahan nasi goreng. Jom, kita lihat kepakaran mereka berdua. 1) Manisan shola Bahan-bahan - Secawan nasi - Susu segar - Sebiji telur - ½ cawan gula - 1 sudu mentega Cara membuatnya 1) Ratakan nasi dalam periuk, masukkan susu menutupi nasi. Masukkan gula dan kacau rata (elakkan kerak) 2) Sementara itu, pecahkan telur dan letakkan satu sudu esen vanilla. 3) Bila nasi dah kembang, ambil sikit nasi dan gaul dengan telur. Baru masukkan ke dalam periuk lalu kacau rata (tujuan – elakkan telur jadi scramble egg) 4) Masukkan mentega dan kacau rata. 5) Tabur serbuk kulit kayu manis sebagai pelengkap rasa. Boleh dimakan suam atau sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu. Tip 1
jika nak makan sejuk-sejuk, tuang pudding nasi ke dalam bekas dan tutup dengan cling film untuk elakkan permukaan keras bila sejuk nanti. Pastikan puding menyentuh cling film. Tip 2 Puding nasi bersama nutella dan aiskrim caramel buat sendiri. Rasanya lagi menggiurkan sampai ada orang kata menyamai Caramel Macchiato aiskrim yang mahal itu. Tip 3 Versi sihat – Tuangkan susu dan minyak zaitun ke dalamnya. Boleh juga masukkan madu dan lenyekkan pisang. 2) Roti goreng Bahan-bahan - leftover roti putih (potong dadu) - 2 ulas bawang putih - 2 ulas bawang merah - 2 ulas lada merah - sedikit ikan bilis Cara membuatnya 1) Tumbuk atau kisar kasar bahan-bahan di atas. 2) Tumis sampai garing. 3) Masukkan roti yang dah dipotong dadu. Kacau rata. 4) Masukkan telur, kacau. 5) Setelah siap, boleh juga tabur parut keju untuk lagi sedap. Memanglah, bila dah jadi ibu-ibu, ada sahaja idea baru tercipta atau sekadar menambah baik resipi asal. Jadi, anda juga boleh mencubanya di rumah. Tidak lah membazir leftover begitu sahaja. - CARI |
11
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
15
Sedih |
6
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chicozinn replied at 12-4-2018 11:16 AM
rice pudding tu aku teringat bubur putih bubur merah dessert org jawa tu..dapnyehh
Cari-Azza replied at 12-4-2018 01:44 PM
tolong buatkan plsss
ADVERTISEMENT