CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Baik Pakai Merkuri Dik Dari Inject, Rosak Buah Pinggang"

16-1-2018 01:20 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 8787| Komen: 20|Original author: Oleh: Whitney


Rasanya semua orang tahu tentang bahayanya produk kecantikan yang mempunyai merkuri. Tapi masih ramai lagi yang berani menggunakannya dan rela dijadikan mangsa lambakan produk merkuri yang berbahaya semata-mata untuk kelihatan putih dan cantik. Degil betul mereka ini kan? 

Kalau tiada permintaan, tidak akan wujud lagi produk 'sampah' macam tu.

Merkuri yang ada di dalam produk kecantikan dan kosmetik akan diserap melalui kulit, kemudian akan masuk ke dalam darah dan mengalir ke seluruh bahagian tubuh sehingga boleh merosakkan buah pinggang. Jadi tidak hairanlah ramai orang yang mempunyai masalah kegagalan buah pinggang.

Seorang lelaki pemilik facebook bernama Khairul Yoi mendedahkan perbualannya dengan sorang pengasas produk kecantikan bergelar datin dan dia amat terkejut apabila diberitahu pengambilan merkuri adalah lebih baik daripada suntikan untuk memiliki kulit yang putih dan cantik serta tidak merosakkan buah pinggang.







Add Image Caption Here
Lucunya, mereka berdua ini tidak habis-habis bergaduh dan mengecam antara satu sama lain dengan menaikkan status dilaman facebook masing-masing.



Memang ramai netizen yang dah ada kesedaran dan tahu bahaya menggunakan produk yang mengandungi merkuri walaupun dalam kuantiti yang sedikit, ia akan tetap memberi kesan jangka masa panjang.


Teruk jugak pengasas produk tu kena kecam. Itulah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak tulis buruk padahnya. 


Tetapi datin ini mendapat sokongan daripada penyokong-penyokongnya. Status daripada lelaki tersebut dan komen negatif netizen dianggap pakatan untuk menjatuhkan perniagaannya. 


Kalau korang, korang masih pakai ke produk yang ada kandungan merkuri? Atau tak kisahlah ada merkuri ke tak, asal kulit jadi cantik. Fikirlah sendiri. - CARI 

9

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
2

Sedih
9

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BebeQ 16-1-2018 01:31 PM
Siapa la suami beliau yang berpangkat datuk itu~
Quote glump 16-1-2018 01:48 PM
peniaga yg tiada kesedaran sivik..menjual produk yg merosaakan manuasia dan alam smeeta..menjawaplah nanti kat akhirat..bangga sangat jadi kaya kerana kemusnahan /kerosakkan yg di buat.

baling batu pun kena datuk..melambak sgt mau sama banyak ngan bangla yag ada kat dlam negara nie. kalau tuan yg menjual  product pun tak berani pakai product dia..anda berani...tanggung lah
Quote MyNameIsIris 16-1-2018 02:16 PM
khairul yoi ke apa nama beliau ni
dia ni lawyer suria lekatlekit tu
now dia tengah kumpul mangsa2 product tatitu

nampak pic hensem tapi jejari mari dia boleh tahan hangsuang jua
Quote chinta89 16-1-2018 02:47 PM
sape la nak jatuhakn perniagaan yg menjahanmkan muke org tu?



eh ehhh ade lg ek yg pakai produk local ni????
Quote palmolive 16-1-2018 03:11 PM
yg peniaga barang2 kosmetik ni stok2 ponteng kelas masa sekolah dulu ker?
Quote vanillaninja 16-1-2018 03:13 PM
Lyanaz ni tak berapa nak famous sangat macam geng2 founder lain kan.

Skincare sheols nama Babies Blink ke apa entah
Quote kucingitam 16-1-2018 03:16 PM
yang gigih gi pakai produk local yang oem tu dah kenapa...ni pun sejenis gigih gak ni...aduyaii..
Quote ninjago 16-1-2018 03:16 PM
founder  nie living in denial ke memang betul2 tak tahu yg merkuri tu mmg berbahaya?? pastu dia cakap telan 15 jenis supplement??? ohoiiiii harap2 buah pinggang dia sihat walafiat ke akhirnya la..
Quote bulanbulat 16-1-2018 07:02 PM
Antara sebab penting jangan beli produk dia, founder bimbo {:smile
Quote CiliPadiSedap 16-1-2018 07:55 PM
MyNameIsIris replied at 16-1-2018 02:16 PM
khairul yoi ke apa nama beliau ni
dia ni lawyer suria lekatlekit tu
now dia tengah kumpul mangsa2  ...

kes tu founder kalah ek? pergh akak tumbangkan kambing gurun sahara ( musim ni tak de sebab musim sejuk ada polar bear je) buat doa kesyukuran.
Quote MyNameIsIris 16-1-2018 09:12 PM
CiliPadiSedap replied at 16-1-2018 07:55 PM
kes tu founder kalah ek? pergh akak tumbangkan kambing gurun sahara ( musim ni tak de sebab musim  ...

Dah start ke? Belum la sis
Quote samasam90 16-1-2018 09:17 PM
kalau founder sendiri merkuri tu elok, suruh kkm check produk dia la.. dari kau macam pondan menaip, mcm bodoh jah.. again, ye marhaen, belilah product kat drugstore tu.. lagi selamat..
Quote samasam90 16-1-2018 09:19 PM
chinta89 replied at 16-1-2018 06:47 AM
sape la nak jatuhakn perniagaan yg menjahanmkan muke org tu?



ade sis.. i rasa depa ne set2 yg kalau datin lalu, laju je tangan minta kena salam.. bila balik, bangga kembang hidong 9 inci..
Quote CiliPadiSedap 16-1-2018 10:00 PM

xpe sekarang musim hujan, kambing belum mandi lagi
Quote buapakperut 17-1-2018 12:38 AM
vanillaninja: Lyanaz ni tak berapa nak famous sangat macam geng2 founder lain kan.Skincare sheols nama Babies Blink ke apa entah

Oh kalau babi blink memang sah2 Ade merkuri kan
Quote PongKang 17-1-2018 02:15 AM
choy! produk sampah! kasik free pun aku xnak!  baik aku bli sepora or sasa or innisfree je.. yg mahal sikit bli sk2 ke chanel ke dior ke la mer ke.. choi
Quote mieymiey 17-1-2018 08:49 AM
Datin bimbo tu pakai ker produk beracun dia sendiri? Sah-sah dia laburkan banyak duit nak putihkan kulit, hujung-hujung keluarkan produk beracun untuk pengguna yang masih tak celik pasal mercury. Kesian.
Quote MyNameIsIris 17-1-2018 10:20 AM
CiliPadiSedap replied at 16-1-2018 10:00 PM
xpe sekarang musim hujan, kambing belum mandi lagi

....
Quote cmf_ultraviolet 17-1-2018 12:35 PM
x berapa femes pun founder ni

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.114496 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top