Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Alhamdulillah akhirnya kita dah masuk tahun 2018 dan banyak azam baru semangat baru kita bawa tahun ini untuk pastikan bahawa ia terus terlaksana. Masih belum terlambat Maha nak ucapkan selamat Tahun Baru pada semua pembaca sekalian.
Ada yang berazam tahun baru nak merubah hidup menjadi lebih maju sampai sanggup melakukan dua kerja dalam satu masa. Kalau duduk di kota ini memang satu gaji sahaja orang kata tidak akan cukup untuk suami isteri anak-anak yang ramai - barang sekolah yang mahal dan macam-macam lagi nak beli. Sebenarnya dah beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan dalam mendidik rakyat menjadi usahawan yang bijak dan inovatif telah mengeluarkan beberapa inisiatif. Paling ketara dan paling kita nampak sekarang kat merata-rata tempat adalah usahawan ‘Food Truck’. Ingat lagi dulu makcik-makcik kalau nak berniaga bukalah satu payung letak satu meja dan kerusi kemudian letak makanan. Tapi sangat laku masa tu memang habis cuma kalau majlis perbandaran lalu habis kena sapu dengan meja dan juga kerusi semua sekali, kesian kita tengok. Tapi sekarang kerajaan nak inovasikan perniagaan tepi jalan ini dalam bentuk Food Truck yang lebih mudah untuk dikendali dan juga lebih banyak hasil serta produktiviti. Kenapa konsep Food Truck Truck? Ia sangat mudah untuk dikendalikan contoh buka dekat satu tapak tiba-tiba hujan food truck tidak perlu untuk kemas barang mereka semua dalam kenderaan jadi selamat kalau banjir pun tutup food truck terus memandu ke tempat yang selamat. Kedua food truck ini adalah antara konsep majlis bandaraya mengurangkan masalah sampah dan juga bahan buangan daripada peniaga gerai tepi jalan. Ia dapat menyelamatkan bandar kita daripada terus tercemar kerana mereka tidak akan meninggalkan sampah sarap merata-rata malah di kumpul untuk diuruskan oleh pihak majlis. Ketiga konsep kedai begerak ini lebih mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja sekiranya kita nak berniaga dan membuka perniagaan tanpa sebarang gangguan dan masalah. Tapi ramai kata mana nak dapat modal nak beli kenderaan macam ni mesti mahal dan akan hutang sampai ketua. Betul modal tu mahal tapi kerajaan sekarang melalui TEKUN dan MARA menyediakan geran kepada mereka yang betul-betul untuk meniaga macam ni. Tahun baru kot tak akan masih takuk lama untuk tidak berubah dan menjadi lebih maju dengan memulakan perniagaan yang lebih mudah ini. Rebut peluang ini orang muda kerana anda yang mampu merubah kehidupan anda kata nak pendapatan lebih siang kerja office malam buka food truck. Maha tak selalu makan kat food truck ni sebab mereka selalu buka malam dan dah balik kerja agak penat untuk ke sana. Tapi tahu juga beberapa lokasi strategi dan popular food truck seperti Dataran Merdeka dulu cukup popular dengan geng food truck hujung minggu. Lepas ni rasa ada tak nak berubah menjadi usahawan food truck pula. Kalau risiko memang ada dan kita kena hadapi semua ini ruang dah disedia peluang dah diberikan cuma bagaimana kita nak rebut itu semua sebelum orang lain yang dapat. Saya buka gelanggang ini kepada mereka yang berani bertarung untuk kemajuan tahun baru ini. Jom follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahumakan untuk kongsi sebarang idea atau nak lontarkan soalan yang mana tahu nak tanya secara personal. Selamat tahun baru semua dan selamat menempuh 2018.
|
21
Bagus |
38
Marah |
29
Terkejut |
24
Sedih |
18
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
damian_lee replied at 16-1-2018 05:49 AM
Kat obersee food truck untuk "on the go" and chraper jerr
Kat sini terbalik .. mahal sebab hipsturr ...
ADVERTISEMENT