CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya Tengok Pun Malu-Pelakon Hingusan Terima Watak Utama, Nabila Huda Tegur

15-1-2018 01:24 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 25337| Komen: 178|Original author: Oleh: Amirah

Nabila Huda baru-baru ini telah memuat naik luahannya dalam Twitter tentang pelakon baru yang terjun ke dalam bidang lakonan dan diberi peluang memegang watak berat dalam sesebuah drama.


Foto: IG Nabila Huda
Dia bukan ingin mengutuk namun wajarkah pelakon tambahan diberi watak utama dalam slot yang penting dalam sesebuah drama yang disiarkan televisyen?


Sepatutnya mereka perlu berlatih dulu teknik lakonan untuk membawa watak berat selama beberapa tahun sebelum benar-benar menghasilkan lakonan berkualiti.


Tambahnya lagi, dia turut berasa malu melihatnya dan berasa hairan tidakkah pelakon baru ini merasa malu juga untuk menerima tawaran lakonan untuk watak utama?


Dia merasakan pelakon baru dalam industri perlu mendapat pendedahan dahulu dan menimba ilmu tentang penghayatan lakonan supaya mempamerkan hasil yang baik.

Nabila juga mengakui kualiti lakonannya juga seperti ‘kayu’ ketika mula-mula terjebak dalam bidang ini namun secara perlahan-lahan dia mempelajari dan menyertai latihan untuk meningkatkan lagi mutu lakonannya bertahun-tahun sehingga berjaya mencapai ke tahap ini.


Menurutnya, ketika dahulu produser mengambil masa yang lama untuk mencari calon terbaik memegang watak penting dengan menitikberatkan bakat dan kualiti.

Namun, generasi pada hari ini amat berbeza kerana jika anda mempunyai jutaan pengikut di laman sosial walaupun tidak mempunyai bakat yang sebenar masih diberi peluang untuk berlakon tetapi hasilnya tidak membanggakan langsung.

Dia juga berpendapat zaman kini lebih memberi tumpuan kepada bayaran murah, berwajah putih, ‘fresh look’ serta mengambil kira jumlah pengikut di laman sosial.


Pelakon yang hebat kebanyakkannya semakin berusia tetapi jika trend ini tetap berterusan ia boleh menjatuhkan industri dan drama di televisyen juga akan membawa hasil yang negatif kepada industri seni.


Apa yang dikongsikan Nabila Huda hanyalah pendapat peribadinya sahaja bukanlah untuk mengutuk mana-mana pihak. Hakikatnya, inilah yang harus diterima dalam peralihan zaman ini dan sukar untuk diubah seperti dahulu.


Media sosial mempunyai pengaruh yang besar terutama golongan muda yang sentiasa mengemaskini maklumat dengan lebih cepat dan mula mendapat perhatian kebanyakan pihak untuk melariskan jenama atau apa sahaja yang memberikan keuntungan.

Foto: IG Nabila Huda
Kalau nama pun pelakon baru ambillah peluang menuntut ilmu dengan pelakon senior. Jangan pula berlagak dan ego macam hebat sangat padahal baru beberapa tahun dalam bidang lakonan. - CARI

15

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aduradura 15-1-2018 01:35 PM
Kalau pelakon baru cantik & berbakat why not....dunia hiburan skrg bukan mcm dulu abil...sape cekap dia dpt....gittuhhhh

Klau pelakon senior yg iols nk tengok as heroin , intan azura / fazura , haa ni ok...klau abil, cam kurang menarik sikit utk ditonton lama2 di kaca tv....
IMG_2515.JPG
Quote cempakaa 15-1-2018 01:45 PM
saya pun malu tengok dendam aurora sendu jahhh
Quote sarah_ary2 15-1-2018 01:45 PM
Why not? Its an opportunity, kalau dah pengarah percaya dgn that actor/actress bawak watak utama, then takde masalah lah kalau that actor accept the offer. Bukan ke ada sesi interview or casting sebelum pengarah choose the actor/actress? Rasa ramai je pelakon yg baru berlakon terus jadi heroin before this?then kalau actor or actress tue kayu walaupun dah banyak drama or filem takkan pengarah still kene bagi muka kag diorang nie?
Quote Leeanne88 15-1-2018 02:03 PM
Aduradura replied at 15-1-2018 01:35 PM
Kalau pelakon baru cantik & berbakat why not....dunia hiburan skrg bukan mcm dulu abil...sape cekap  ...

Intan azura ni dah la cantik. Cakap pun lembut je. Suka la dia
Quote Leeanne88 15-1-2018 02:06 PM
Abil ngata intan najwa ke? Bagi meols ok je acting dia. Better dari pelakon lama yang kayu tu
Quote fifie_olin 15-1-2018 02:06 PM
abil ni ckp psl sapa
Quote mnh_2004_mnh 15-1-2018 02:07 PM
Hmmmmmm....bagi saya why not! Peluang hanya datang sekali so grab aje la.....
Quote samasam90 15-1-2018 02:10 PM
mcm seharum mawar, cerita tu best.. tapi hero dia ya hampuuuuuuunnnn  kau muka dah marah, tapi intonasi mcm haram.. muka gatal, suara marah.. hellooooooooooo, buruk hokey tau la hang hensem.. buka baju la belanja sikit.. dari kau belanja kayu buat apa?  choiiiiiiii.....
Quote jofizo 15-1-2018 02:10 PM
rezeki diorg, ok jer
Quote cupu 15-1-2018 02:13 PM
Ngata sape tu..yg budak blakon ngan remy ke..btw,aku unfollow ig abil sbb aku rs ank dia kiesha tu tlalu diberi muka sgt.dh mjin bsr budak tu..ckp ngan bapak tiri pun cam biadap.shut up bagai..xtau la klu uols kata tu normal.klu my doter,my niece ke hapa..ckp aku engkau pun dh kena jerkah.
Quote keypochino 15-1-2018 02:14 PM
Leeanne88 replied at 15-1-2018 02:06 PM
Abil ngata intan najwa ke? Bagi meols ok je acting dia. Better dari pelakon lama yang kayu tu

Haha iolls pun tpikir pelakon cite pakcik ptg2 tu.. apa nama intan najwa eh..
Quote samasam90 15-1-2018 02:17 PM
btw, bygkan ada budak baru gred, pointer hidup segan mati tak mahu, experience nan hado, tapi jadi leader korang hasil dari sapuan bahu para parents, hasil dari followers thousands, hasil dari geselan puteng, still nak cakap rezeki depa ke?
Quote Madel 15-1-2018 02:17 PM
Drama PEDO remy sehak la ni kan
Jijik aku tenguk acik2 bawang kat ig..sekor2 merenyam gatal puki...
Macam mana la drma sampah gini boleh lepas tayangan.
Quote rospinki 15-1-2018 02:17 PM
abil ckp pasal drama remi ishak dgn budak baru tu..aku tengok mcm pelik.
nk tengok drama seperti tidak kena pemilihan pelakun..hero sorg yg senior..pastu heroin budak mentah dari mana2 tah.

Quote petit-saconnex 15-1-2018 02:19 PM
jellies ker
Quote budakshinchan 15-1-2018 02:22 PM
kalo pelakon bebakat.. tp badan gemuk.. muka x lawa.. jgn salahkan penonton kalo x berselera nengok.. retired je la jd pelakon..
Quote akusukapurple 15-1-2018 02:28 PM
abih tu nak amik dia utk watak budak 19 tahun..? cakap entah apa2..
Quote yum3 15-1-2018 02:30 PM
Ok apa pelakon extra dpt  watak utama jika tak kayu. hehehe. Psal tak blh plak Abil ??.. Relax aaaa tak perlu nak jeles lah.. Bagi peluang kat dorang.  Rezeki ada di mana2  kan.  
Quote tomaz 15-1-2018 02:30 PM
Buat abil. Iolss yg marhaen ni pon x tgk cerita pakcik tu. X kan chuolss so called a lister tgk cerita euwwww tu. Dussss sgt

Lihat semua komen(178)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.217629 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top