Beberapa bulan lalu bertebaran kisah seorang wanita mendakwa bayi yang dikandungnya adalah milik seorang pelakon lelaki. Dengan bayangan atau ‘hint’ yang dinyatakan mulalah netizen membuat telahan dan seterusnya mengaitkan nama Raja Afiq di dalam dakwaan tersebut. Kekeliruan yang menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengaitkan namanya telah menyebabkan dia kehilangan tawaran berlakon. Demi untuk menyara hidupnya apabila nama digugurkan saat-saat akhir, Raja Afiq mulai menjual roti jala dan brownies. "Saya tidak malu menjual roti jala dan brownies di gerai untuk menampung hidup. Saya juga menerima tempahan di laman sosial dan sanggup menghantar sendiri kepada pelanggan.
"Alhamdulillah, biarpun tidak banyak, sekurang-kurangnya ada rezeki yang masuk. Tiada guna saya terus menyalahkan takdir yang tertulis. "Saya harus bangkit demi keluarga. Menangis air mata darah sekalipun, saya harus meneruskan hidup. Saya bukan orang senang, selain turut menanggung keluarga. "Apa yang akan mereka makan jika saya terus meratapi nasib? Komitmen lain seperti kereta dan rumah juga harus dibayar," katanya dipetik daripada Berita Harian Online. Kata Raja Afiq, selama ini, dia mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu melayan isu panas yang tidak mempunyai kaitan dengannya. "Tidak sangka tindakan itu membuatkan saya menjadi mangsa hingga kerjaya lakonan hampir terkubur. Saya tidak tahu apa salah dan silap saya. "Gosip itu terlalu kejam hingga ada yang menganggap, saya berperangai buruk seperti itu," katanya. Pelakon itu turut menyatakan dia tidak perlu berasa takut kerana dia tidak bersalah dalam hal tersebut. Baginya, cukup dia menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT kerana percaya, doa orang teraniaya akan dimakbulkan. "Alhamdulillah, akhirnya gadis itu membuat pengakuan bayi yang dikandungnya bukan hasil hubungan dengan artis. "Saya bersyukur Allah tunjukkan jalan yang sebenar. Tidak adil untuk terus meletakkan hukuman kepada saya dan rakan artis lain yang namanya turut dipalit sama. "Ia ibarat penganiayaan apabila periuk nasi saya ditabur pasir," katanya.- CARI |
5
Bagus |
17
Marah |
5
Terkejut |
10
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
watachiwa replied at 15-1-2018 02:24 PM
ala king afiq, eja booth pon salah.. jadi both pulok..
sepitsiput replied at 15-1-2018 02:29 PM
antara retis Tibaiunta yach
(tibaiunta =tiada bakat utk dipertaruhkan)
bulalof replied at 15-1-2018 04:07 PM
i am wondering, so called artist ni do they have any academic qualifications? Since our entertainmen ...
ADVERTISEMENT