Kalau tanya orang perempuan, bersalin tu sangat sakit. Sebab itu kalau meninggal dunia akibat bersalin, ia dianggap mati syahid. Besar sungguh ganjaran wanita yang bersalin ini kan? Lepas bersalin nak kena berpantang pula sebab banyak tenaga yang telah digunakan dan untuk memulihkan kembali kesihatan dalaman. Lagi-lagi yang bersalin secara pembedahan, luka tu nak kena jaga elok-elok agar ia tak terbuka. Sebab itulah ramai orang yang mengambil berat tentang penjagaan selepas bersalin ni. Kisah yang diceritakan oleh Al Irfan Jani di laman facebooknya mendapat perhatian netizen apabila seorang suami dianggap tidak meghiraukan keadaan isterinya yang baru sahaja keluar dari wad bersalin. Si isteri dibiarkan berjalan sendiri sambil mengendong bayi sehingga ke tempat parkir kereta yang dikira agak jauh. Mari kita baca kisah yang dikongsikan.
Biasalah tu, masa zaman bercinta, tak sakit pun sanggup nak dukung. Bila isteri bersalin, nak tolong ambilkan kerusi roda pun dah malas apatah lagi nak tolong sorong. Memang ramai la yang kecam tindakan si suami tu, dia menyamakan kudratnya dengan isterinya yang baru lepas bersalin. Nampak sangat si suami tu tak penyayang dan pentingkan diri sendiri. Kesian si isteri. Eh, ada juga netizen yang menyebelahi tindakan si suami? Ini mesti kes sama situasi dalam kisah tersebut la ni kan? Iyalah, jika si isteri rasa larat dan mampu nak berjalan, tak mengapalah. Tak payah nak mengada-gada nak duduk atas kerusi roda. Anda yang belum kahwin dan bersalin macam mana? Nak suami yang tolong sorong kerusi roda ke tak selepas korang bersalin? - CARI |
botol_tritan replied at 15-1-2018 01:07 PM
I tak suka dgn statement judgemental mcm ni. tgk org mcm tu, terus fikir bkn2 n tulis kat media soci ...
lolita737 replied at 15-1-2018 01:54 PM
klu kat hkl sebelum keluar tu nurse siap tolakkan lagi sampai turun kt tingkat bwh..
and temanka ...
idakamaruddin replied at 15-1-2018 03:18 PM
hospital gomen tak de ngada2 nk berkerusi roda dik..akak dua2 anak akak jalan g parking, laki akak k ...
kakigebang replied at 16-1-2018 04:26 AM
Memalukan kaum lelaki la laki camni.. kesian la kat bini tuh..layan2 la bini baik2, dah la sakit lah ...
miss_bear replied at 15-1-2018 02:57 PM
Aku dulu lepas keluar bilik bersalin, nurse tolak dengan katil sampai wad. Pastu dia suruh turun kat ...
ADVERTISEMENT