Kita biasa dengar dan lihat barangan elektrik, baju, kasut dan sebagainya diciplak dan seakan sudah menjadi satu perkara yang biasa. Namun, apakah reaksi anda jika makanan juga menjadi mangsa ciplak?
Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan beras dan telur tiruan yang dihasilkan menggunakan plastik dan bahan-bahan sintetik yang lain. Terbaru, tular dilaman sosial apabila seorang pengguna Facebook, Minar Farahni telah memuat naik video cara untuk mengenal pasti jagung tiruan yang didedahkan oleh salah seorang peniaga di Cameron Highland. Menurut peniaga ini, pasaran memang mempunyai dua jenis produk jagung, jagung mutiara asli dari Cameron Highland, manakala yang tiruan ialah tanaman jagung dari Ipoh, Perak.
Walaupun jagung ini bukanlah jagung tiruan seperti yang ada pada beras dan telur, tetapi amat penting untuk mengetahui ciri-ciri jagung mutiara yang asli untuk mengelakkan anda tertipu. Pastikan anda melihat ciri-ciri yang dinyatakan di bawah supaya dapat menikmati jagung mutiara asli dari Cameron Highland. 1. Tekstur Kulit Tekstur kulit jagung tiruan keras dan kesat. Tetapi, kulit jagung asli lembut dan licin. Sebelum anda membeli jagung mutiara, anda perlu merasai kulitnya terlebih dahulu untuk membandingkan kulit yang licin atau kesat. 2. Biji Jagung Perbezaan juga dapat dibezakan daripada warna biji jagung. Jagung mutiara asli hanya mempunyai dua warna iaitu kuning dan putih. Tetapi, jagung mutiara tidak asli mempunyai ton warna yang tidak sekata antara warna putih dengan kuning. Ini sahaja perbezaan yang perlu diperhatikan supaya para pengguna tidak tertipu. Ketika membeli jagung mutiara, terdapat juga penjual yang mencampurkan jagung mutiara asli dengan tidak asli bagi mengaburi mata pengguna. Peniaga ini turut berkata, jagung mutiara asli mempunyai rasa lemak seperti santan dan manis seperti gula walaupun tidak perlu dimasak. Hati-hatilah dalam membeli makanan kerana dalam tak sedar kita mungkin jadi mangsa penipuan. Bayar lebih untuk dapatkan jagung yang manis tetapi kecewa apabila ditipu oleh peniaga tamak dan tidak bertanggungjawab ini.-CARI |
11
Bagus |
23
Marah |
30
Terkejut |
5
Sedih |
19
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
matchstick replied at 15-1-2018 12:55 PM
sedap nya makan jagung panas musim sejuk2 gini..xkesah lah asli ke idok. asal bukan jagung plastik
ADVERTISEMENT