Raja buah iaitu durian sememangnya menjadi kegilaan ramai. Tapi pernahkah anda makan bunga durian? Ia menjadi kegemaran orang Sarawak dan juga Indonesia. Bunga durian kebiasaannya dibuat sajian sayur dan rasanya manis dan garing.
Anda perlu berhati-hati dalam menyediakannya. Ini adalah kerana bunga durian mempunyai lendir atau getah pada setiap putik debunga atau biji bunga durian. Bunga durian harus direbus atau dicelur dalam air panas selama beberapa minit sebelum memasaknya. Kemudian anda perlu toskan dan simpan ia di tempat yang kering. Sesudah kering, bolehlah anda goreng bunga durian tadi dengan ikan bilis dan bawang atau ia juga boleh dimasak sebagai kuah lemak. Anda juga boleh cuba resepi di bawah ini yang sememangnya menyelerakan! Resipi Bunga Durian Goreng Belacan Bahan-bahan: 200gm bunga durian 2sm belacan (dibakar dan ditumbuk) 2 ulas bawang putih (diketuk) 1 biji bawang besar (dihiris) 1 biji cili merah (dihiris) ½ cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya Cara Memasak: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili sehingga layu sedikit. 2. Kemudian masukkan belacan yang telah disebatikan dengan ½ cawan air. 3. Akhir sekali masukkan bunga durian dan kacau sehingga sebati dan tunggu sehingga kuahnya pekat. 4. Siap untuk dihidangkan! Nota: Kalau nak tahu, bunga durian yang sedap dimakan dan ‘fresh’ berwarna putih kecerahan. Kalau ia berwarna perang, ketika memasak ia akan menjadi lembik dan berair dan tidak garing. -CARI
|
13
Bagus |
3
Marah |
10
Terkejut |
6
Sedih |
17
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hasniey: bunga durian rasa durian x?
hasniey replied at 11-1-2018 08:01 PM
bunga durian rasa durian x?
SalenaGomez replied at 11-1-2018 09:39 PM
Rasa lemak2 crunchy....sedap gila..tp x slalu ade..kena tunggu musim durian berbunga which once a ...
Sazida replied at 11-1-2018 08:54 PM
Tak rasa pun. Sedappp gile kot masak goreng belacan...
Thuglife replied at 12-1-2018 11:28 AM
aku x mkn durian.. tp bunga durian fav aku.. tp kirong x goreng.. tp bakar..ala2 panggang la..alaska ...
SalenaGomez replied at 12-1-2018 12:59 PM
Yang tu x pernah buat lg...bole try next time
SalenaGomez replied at 11-1-2018 09:39 PM
Rasa lemak2 crunchy....sedap gila..tp x slalu ade..kena tunggu musim durian berbunga which once a ...
hasniey replied at 12-1-2018 02:33 AM
bau durian pon xde ke?
kalau bunga betik kan rasa betik.jantung pisang bau mcm pisang.
ADVERTISEMENT