CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Terlalu Manjakan Anak

11-1-2018 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3902| Komen: 19

Description: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyifatkan peningkatan kes pelajar mengancam guru adalah disebabkan ibu bapa terlalu memanjakan anak.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyifatkan peningkatan kes pelajar mengancam guru adalah disebabkan ibu bapa terlalu memanjakan anak.

Oleh itu, mereka menggesa ibu bapa untuk tidak terlalu beri muka kepada anak.


Harian Metro melaporkan, PIBG Sekolah Kebangsaan Mahang, Kedah sangat menyokong tindakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan 23 Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga ketika berurusan dengan guru dan pentadbiran sekolah.


Foto: Harian Metro

“Panduan ini penting bagi mengelak guru dipersalahkan dan diancam pelajar seperti terjadi dalam kes yang kini masih dibicarakan di mahkamah.


“Pendapat saya, setiap guru yang memukul pelajar mesti bersebab. Ibu bapa jangan mudah percaya kepada anak mereka, datang ke sekolah dan berbincang dengan guru atau pengetua,” kata Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Mahang, Kedah Abdul Rashid Abdul Rahman.

Abdul Rashid menyeru ibu bapa untuk hadir perjumpaan PIBG di sekolah supaya isu berbangkit dapat diselesaikan.

“Kami buat mesyuarat pun hanya segelintir ibu bapa yang datang, perlu difahami, ibu bapa perlu menyelesaikan setiap isu anak mereka di sekolah dengan bersemuka dan berbincang,” katanya.

Dalam masa sama, YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sentul Fazzly Isma Abdullah berpendapat nilai moral pelajar semakin merosot.

“Peningkatan kes pelajar ancam guru menunjukkan semakin kurangnya nilai moral pelajar pada masa kini dan situasi ini membimbangkan pendidik dan menggusarkan ibu bapa.

“Melalui pengalaman saya bersama PIBG sekolah sejak 11 tahun lalu, tidak dinafikan masalah pelanggaran disiplin secara tidak langsung berpunca daripada pelajar. Segelintir ibu bapa zaman sekarang memang memanjakan anak dan terlalu mendengar cerita dan suka bertindak sendiri.

“Saya setuju 23 syor NUTP itu wajar didengar memandangkan situasi terkini semakin parah dengan meningkatnya kes antara guru dan pelajar,” katanya. - CARI
4

Bagus
1

Marah
6

Terkejut

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samasam90 11-1-2018 02:46 PM
anak yg kecik ke atau dah besar, sama juga.. parents still manjakan depa.. pelopornya acik teksi
Quote samasam90 11-1-2018 02:47 PM
eh najeri teksi
Quote gaara_X 11-1-2018 03:27 PM
manjakan anak??...maaf laa...
Quote makita 11-1-2018 03:38 PM
Zaman dulu..cikgu lempang..denda atas kerusi...kene campak buku..kene malukan di perhimpunan....pelajar telan je...kalu ngadu kt mak bpk....kompom kene sebijik pelempang sbb ko nakal bla bla bla
Zaman sekarang...pelajar yg dulu2 kene denda lempang tu semua da jadi mak bapak....jadi.....pembentukan sikap tu da terjadi dari zaman dulu....maka terhasillah dialog 'sapa lempang ank aku....aku lempang dia laju laju'
Quote SWORKS27 11-1-2018 04:34 PM
ya setuju..
mak bapak jenis ni menyusahkan cekgu je..
kalau x pecaya kat cegu..mmak bapak jenih ni. berenti kerja, ajar anak kat rumah...

ni jenis cakap pandai..apa skolah buat smua salah...
macam dia je bagus..
penerajang je bagi mak pak jenis nih
Quote kasihantam 11-1-2018 04:57 PM
cikgu pun sama, anak terlebih
lagi2 yang satu sekolah dgn mak pak dorang
kerek semacam je



Quote kasihantam 11-1-2018 04:58 PM
makita replied at 11-1-2018 03:38 PM
Zaman dulu..cikgu lempang..denda atas kerusi...kene campak buku..kene malukan di perhimpunan....pela ...

kau yang tolol main pukul rata zaman dulu zaman sekarang





Quote ~boolean 11-1-2018 05:08 PM
"Kami buat mesyuarat pun hanya segelintir ibu bapa yang datang"

Selalunya yang tak datang tu lah paling lantang salahkan cikgu...
Quote batmana 11-1-2018 05:45 PM
makita replied at 11-1-2018 03:38 PM
Zaman dulu..cikgu lempang..denda atas kerusi...kene campak buku..kene malukan di perhimpunan....pela ...
Zaman dulu..cikgu lempang..denda atas kerusi...kene campak buku..kene malukan di perhimpunan....pelajar telan je...kalu ngadu kt mak bpk....kompom kene sebijik pelempang sbb ko nakal bla bla bla
Zaman sekarang...pelajar yg dulu2 kene denda lempang tu semua da jadi mak bapak....jadi.....pembentukan sikap tu da terjadi dari zaman dulu....maka terhasillah dialog 'sapa lempang ank aku....aku lempang dia laju laju'
pada aku salah tusama je zmn dlu dgn skrg, ada juge mak pak dtg skolah belasah cikgu time 90an dlu
tapi zmn tu tepon tkde, manala nk viral

aku rasa
cikgu2 patut diwajibkan rekod video sebelum bagi penampar,cubit, tendang anak murid tu
jadi , barula xde cite merepek dari kedua belah pihak

klu tak mampu beli tepon rm90 cm brand nokia rekod video tu, sila stop jadi cikgu aja

Quote cutebaby5907 11-1-2018 05:48 PM
memang pun
wasap kelas untuk mudahkan urusan
cikgu nk bgtau kerja umah ke hape
ni siap mintak tolong cikgu belikn buku tulis
ntah pape
rase x keje pun..naik la sekolah pegi kedai buku beli, pastu pas kt anak
seb baek bukan aku cikgu kelas nye
aku yg baca dlm group tu pun naik hangin
Quote Jorja 12-1-2018 12:31 AM
Please lah suruh anak anak y'all banyak kn membaca d rumah. Bukan main henpon aja. Budak budak skrang ramai yg bodoh melampau dah naik form 5 pun masih tak boleh buat simple sentences tapi kalau komen kt fb kawan kemain byk idea. Muda muda lagi dah bodoh sombong bagus mati ja la.
Quote DARSITA 12-1-2018 03:07 AM
Kalau lah parents boleh pukul anak demi membetulkan kesilapan anak anak tentu generasi sekarang tak buang anak, tak isap dadah, tak jadi sampah masyarakat etc etc.

Pukul di sini bukan pukul sampai berbirat sampai masuk ICU okay .. pukul light light jer. Alah gunakan lah akal fikiran yang waras.
Quote cempakaa 12-1-2018 11:08 AM
Jorja replied at 12-1-2018 12:31 AM
Please lah suruh anak anak y'all banyak kn membaca d rumah. Bukan main henpon aja. Budak budak skran ...

betul! cikgu2 veteran stress gila sebab budak2 ni spoiled. yang membaca tak reti pun dinaikkan tingkatan camno nak spm?
Quote palmolive 12-1-2018 11:10 AM
nampak gaya cikgu ngan murid kena pasang kamera ala2 DashCam kereta la
Quote Z77 12-1-2018 12:47 PM
~boolean replied at 11-1-2018 05:08 PM
"Kami buat mesyuarat pun hanya segelintir ibu bapa yang datang"

Selalunya yang tak datang tu lah  ...

sekolah rendah anak aku ada tahun.nak2 semasa pemilihan suka je buat mesyuarat pibg masa petang lepas sekolah time waktu kerja...calon pibg pulak mereka nak mak bapak yg kamcing dengan mereka...

Quote ~boolean 12-1-2018 01:51 PM
Z77 replied at 12-1-2018 12:47 PM
sekolah rendah anak aku ada tahun.nak2 semasa pemilihan suka je buat mesyuarat pibg masa petang le ...

Tak pernah lagi aku dengar mesyuarat pibg waktu bekerja...selalunya cikgu yang kemain bersungguh rayu murid suruh parents datang mesyuarat
Quote Z77 12-1-2018 04:21 PM
~boolean replied at 12-1-2018 01:51 PM
Tak pernah lagi aku dengar mesyuarat pibg waktu bekerja...selalunya cikgu yang kemain bersungguh r ...

sekolah anak aku memang biasa buat hari sabtu..tapi dapat notis batalkan ganti hari khamis jam 3 ptg..ada tulis dalam notis juga kalau ada mak bapa isi borang cadangan tapi tak datang cadangan tak di baca dlm meeting..
Quote biskutsusu 12-1-2018 04:48 PM
i baru jumpa guru kelas anak i hari rabu haritu. I memang every year akan ambil nombor telefon guru kelas. Sebab sekolah anak lelaki i ni takda whatsapp group.

Masa jumpa cikgu, i cakap yang i ok kalau cikgu denda anak i, kalau cikgu rotan ke pukul ka sebab i tahu cikgu buat macamtu bersebab dan untuk membetulkan budak budak. I cakap juga kat cikgu yang cikgu boleh threaten anak i untuk tarik balik jawatan pengawas kalau dia buat perangai, tanak dengar cakap atau apa apa sikap yang tak elok.

memang i sangat manjakan anak. tapi, kalau buat salah, memang i jadi singa.
Quote MakareyumSuciey 13-1-2018 12:18 PM
kasihantam replied at 11-1-2018 04:57 PM
cikgu pun sama, anak terlebih
lagi2 yang satu sekolah dgn mak pak dorang
kerek semacam je

Yg ni iols sokong..anak2 ckgu kat skolah mesti ada title...jd menteri gitew.....

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.055227 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top