Riak atau menunjuk-nunjuk kelebihan diri pada umum merupakan salah satu perkara yang mendatangkan dosa yang mungkin ramai tidak sedar. Laman sosial misalnya, merupakan salah satu medium yang sangat mudah untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah dengan kelebihan diri berbanding dengan orang lain. Malah, ada yang menjadikan laman sosial sebagai tempat untuk berlumba-lumba menunjukkan kekayaan masing-masing. Bagaimanapun, kadang-kadang ada yang tanpa sedar perbuatan mereka boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri dan menganggap ianya perkara yang biasa sahaja.
Berikut merupakan antara perkara yang biasa dibuat namun tanpa sedar ianya menimbulkan perasaan riak: Puji anak berlebihan Boleh dikatakan setiap hati update pasal anak, anak cantik la, anak bijak la dekat facebook, instagram, sampaikan orang naik menyampah. Sepatutnya anda peka dengan rakan-rakan anda yang mungkin belum berpeluang merasa ada anak, pasti mereka rasa sedih. Bersyukur tak habis-habis Tak habis-habis update pasal duit yang banyak. Bersyukur katanya. Selang seminit update:"Alhamdulillah. Alhamdulillah duit masuk lagi, syukur alhamdulillah".Sebenarnya bersyukur itu perbuatan yang baik, tetapi salah caranya. Jika betul hendak besyukur, solat dan buat sujud syukur. Bukan heboh dekat laman sosial. Check in hospital mahal Snap gambar dalam hospital, suruh ralan-rakan doakan anak supaya cepat sembuh. Tetapi caption hastag nama hospital-hospital terkenal, hospital yang mahal-mahal. Sebenarnya dalam hati nak bagitahu yang dia mampu pergi hospital mahal. Bukan nak suruh doakan anak tu sangat. Tunjuk kereta mahal Tangkap gambar dalam kereta, nampak stereng sekali. Captionnya: "Teruk jam jalan hari ni" Sebenarnya nak bagitau yang dia tengah bawa kereta mahal, orang yang ada kereta lebih mahal dari dia pun tak riak! Shopping Suka shopping lepastu ambil gambar dan update dekat laman sosial, caption pulak "Letih shopping hari ini, sikit-sikit je keluar duit hari ni" Tapi dalam gambar bukan main banyak barang yang dibeli. Nak berlagak pun tak payah nak menunjuk sangat kan? Serba baru Dekat nak raya ni nanti ada la yang update pasal sofa baru, langsir baru, baju baru. Sila jaga perasaan orang yang tak mampu, dah beli barang baru tu senyap saja, jangan nak heboh. Bukan semua orang nak tahu pun, menyampah ada la! Muka lawa Suka ambil gambar sendiri dan upload dekat Facebook, caption ‘ tak lawa macam makwe awak-awak semua’ tetapi sebenarnya nak orang komen pujian. Nanti kalau orang komen cakap memang tak lawa pun, marah pulak. Pelik kan! Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud : “Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6) Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia.” Kesimpulannya,hati-hatilah apabila memuat naik status atau gambar di laman sosial, kerana mungkin tanpa sedar kita mendapat dosa kerananya. Bersederhana dan merendah diri adalah lebih baik. Bukan sahaja dibenci oleh orang, malah turut mendapat dosa. Hidup ini janganlah terlalu mengharap pada pujian orang semata-mata. Sama-samalah kita bermuhasabah diri, ya! -CARI
|
15
Bagus |
9
Marah |
14
Terkejut |
12
Sedih |
10
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lolita737: Alhamdulillah..buat masa ni sy xpernah lagi update status mcm kategori2 di atas lagi..sbb maybe faktor umur makin meningkat..nk update status pun mala ...
salmon-suki replied at 12-1-2018 09:33 AM
Tambah lg tt,bila dah kahwin,24jam updet status psl bahagianya kahwin..
Dpt bf/gf updet psl relay k ...
ADVERTISEMENT