CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

9 Fakta Tentang Burj Khalifa - Segala Yang Tertinggi, Termahal, Terluas Di Dunia

11-1-2018 01:23 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5841| Komen: 8|Original author: Oleh: Azza Rai



Siapa yang pernah ke Dubai?
Mesti sempat selfie di Burj Khalifa yang disebut-sebut sebagai bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter atau 2,716.5 kaki kan? Nampak gayanya belum ada gedung lain yang mampu menandinginya setakat ini.

Jadi, apa yang seronoknya dengan bangunan pencakar langit ini?

Sama dengan KLCC, ada restoran, ‘shopping’, memanjakan diri di spa, tidur di hotel lima bintang tetapi di Burj Khalifa semua itu akan dinikmati dengan keluasan yang berganda-ganda besarnya.


Nak tahu apa yang ekstravaganza nya? Ada 9 rekod yang perlu anda tahu :

1)    Dah namanya pun tertinggi di dunia, jadi mestilah tingkatnya juga banyak iaitu 160 tingkat. Wow! Mengalahkan World Trade Centre di Amerika Syarikat yang pernah kecoh satu ketika dahulu.


2)    Lif tercepat di dunia. Ini lagi syok sebab lajunya lif di Burj Khalifa mencapai 64 km/jam dan hanya satu minit diperlukan untuk ke tingkat 124 dari tingkat bawah. Boleh bayangkan betapa lajunya lif itu? Macam ‘roller coaster’ kah?

3)    Pembelanjaan membinanya pula paling mewah iaitu 4.1 billion USD bersamaan RM16.4 Billion. 

4)    Beratnya sama dengan 100,000 ekor gajah. Manakala berat aluminium yang menampung Burj Khalifa pula setara dengan lima pesawat jenis A380.

'sky view'
5)    Memerlukan 15 juta gelen air setiap hari iaitu sama banyak dengan 20 kolam renang standard olimpik. Manakala sistem penghawa dingin pula, hampir sama dengan mencairkan 10,000 tong ais setiap hari. Wow! Banyaknya.

6)    Mengambil masa enam tahun untuk menyiapkannya dengan 30 pereka ternama demi mencipta kesempurnaan Burj Khalifa.

Dubai Mall akuarium terbesar
7)    Ada 12,000 pekerja yang mencari nafkah di bahagian puncak Gedung Burj Khalifa.




8)    Baharu saja mendapat penghargaan dunia setelah merayakan malam tahun baru dengan hiasan lampu yang menawan.

9)    Memiliki taman yang luas kira-kira 15 hektar temasuklah 3,000 ruang parkir kenderaan di bawah tanah.

Dengan segala tertinggi, terbesar, terluas dan termahal di Burj Khalifa ini pasti ramai yang mahu menyaksikan sendiri kehebatan pencakar langit ini. Atau jika tidak shopping sekalipun, dapat berselfie pun jadilah ya. - CARI 

9

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 11-1-2018 01:29 PM
my boss br blk dr dubai

dia ckp nk masuk sini bkn bole senang2 kecuali mmg pegi utk hi tea ke lunch ke tp saje2 nk jalan2 mmg x bole

masuk area dia pn x dibenarkan

sheols ckp la..ada ke sape2 kt sini dh pnah masuk sini?
Quote green~tea 11-1-2018 06:23 PM
idakamaruddin: my boss br blk dr dubai dia ckp nk masuk sini bkn bole senang2 kecuali mmg pegi utk hi tea ke lunch ke tp saje2 nk jalan2 mmg x bolemasuk area dia pn  ...


Bleh masuk ke level 12X atau 14X floor... bayaran lain2... bleh beli tiket tu online je... atas tu ada restoran armani (rm1k kalo nak makan 1 kepala situ)... meols tak bernasib baik aritu sbb pandangan tak clear byk debu sgt...

Best laa suasana malam situ, ada byk choice restoran tepi tasik selang seli water fountain show dgn live band /performance belly dance (depend restoran mana u choose)...

Dubai best tp asal ada duit la kannnn.. restoran nusret gokce saltbae tu pun dah rega rm3500 sekepala {:stress
Quote zetty1978 12-1-2018 03:38 AM
Aku tinggal kt Dubai dulu for nearly 6 yrs .. husband terlibat ngn project Dubai Mall tu .. n aku pun ada rezeki gak keje utk project Dubai Marina Mall n towards the contracts ending aku ada keje a month dlm project Dubai Mall .. best gak dpt pusing dlm tu time xde org lg .. gi aquarium dia pun xyah byr lg at the early stages pembukaannya .. amik gmbr sana sini dlm mall pun still byk ruang kosong .. kebetulan lak 11hb jan naik kt memory fb aku gmbr aku naik level 124 utk observation .. xde rasa laju ke hapa dlm lift .. mcm biasa tp nmpk la no level tu naik cpt sgt ..  skang ni dh byk sgt attractions kt Dubai ... org pun makin ramai dtg melancong .. aku pun dh 6 thn tinggalkn Dubai .. walau skang pindah x jauh pun dr UAE tp blm terasa lg nk dtg .. hype sgt .. overrated pun ye jugak ..
Quote babynina30 12-1-2018 03:52 AM
green~tea replied at 11-1-2018 06:23 PM
Bleh masuk ke level 12X atau 14X floor... bayaran lain2... bleh beli tiket tu online je... atas  ...

Vivy pi mkn nusret 2x. Why is it so freaking expensive ? Mkn apa situ ? Apa yg special nya ?
Quote green~tea 12-1-2018 08:08 AM
babynina30 replied at 12-1-2018 03:52 AM
Vivy pi mkn nusret 2x. Why is it so freaking expensive ? Mkn apa situ ? Apa yg special nya ?

Their specialty yang lamb tu.. so juicy and soft.. i think yanh rm3.6k satu kepala tu pakej skali dgn wine... kalo non-alcohol cheaper but still almost rm2k laaa.. huhuhu
Sheikh ape ntah nama yang head dubai tu slalu ada dinner situ...

iols sendiri pun xpernah lak terpikir nak makan situ byk lg options lain... bulan 4 ni insyaAllah nak gi sana lg, duk umah kengkawan je kot
Quote babynina30 12-1-2018 08:14 AM
green~tea replied at 12-1-2018 08:08 AM
Their specialty yang lamb tu.. so juicy and soft.. i think yanh rm3.6k satu kepala tu pakej skali  ...

U pi ka makan kt nusrat tu?
I pi dubai masa kecik dulu. Mmg belum wujud all these skyscrapers.

Kena revisit blk lah with fmly. Hehe.
Quote nordiana87 29-1-2018 08:49 AM
P dubai kos besar. Meolls da lama teringin.
Quote carisha 1-2-2018 02:34 PM
Tengok vlog neelofa & atisha tu rasa mcm berkenan pulak nak naik Burj Khalifa ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.161603 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top