Di kala kebanyakan remaja lain seusianya masih hanyut dalam keseronokan hidup, remaja lelaki dari India ini berjaya mencipta selipar yang mampu membuat penyerang lumpuh seketika. Dia melakukannya kerana bimbang ibunya menjadi mangsa rogol yang berleluasa di negara itu.
Memetik India Times, Siddhart Mandala, 18, pernah mengikuti demonstrasi bersama ibunya setiap minggu bagi kempen anti pemerkosaan dan pembunuhan yang dilakukan sebuah puak pelampau ketika berusia 12 tahun. Siddhart sangat takut dan prihatin akan nasib wanita tempatan di Hyderabad, India. Ini kerana fenomena pemerkosaan atau rogol yang boleh berlaku di mana-mana sahaja bagaikan sudah menjadi satu wabak di negara itu. Selipar Electrik Oleh itu, dia tekad dengan hanya menggunakan konsep fizik dipelajarinya ketika di sekolah dan sedikit kemahiran pengekodan, remaja terbabit mencipta selipar elektrik 'ElectroShoe' yang boleh digunakan para wanita untuk dijadikan senjata serta pelindung mereka dari menjadi mangsa kekejaman manusia gila seks. Selipar ini mampu membuat penyerang lumpuh seketika dan memberi kesempatan untuk mangsa kabur selain mampu menghantar isyarat terus ke balai polis mahupun ahli keluarga sekiranya diancam bahaya. Macam mana nak mengaktifkan selipar ini? Caranya amat mudah. Si pemakainya hanya perlu menekan suis pada selipar berkenaan sebelum menendang si pelaku. Kemudian, alat ini akan memberi kejutan dengan mengalirkan arus elektrik 0.1 Ampere (amp) sehingga boleh melumpuhkan penyerang buat beberapa saat. Lagi banyak si pemakai berjalan, lagi banyak tenaga disimpan di dalam mesin tersebut. Kalis Air Selain itu, Siddhart turut memperhaharui ciptaan prototaipnya dengan menambah ciri kalis air. Idea yang dihasilkan remaja ini mendapat pujian ramai. Malah, Menteri Pelajaran dan Timbalan Ketua Menteri Telangana, Kadiyam Srihari turut menganugerahkan penghargaan kepada Siddhart Selain itu, Siddhart turut menubuhkan satu badan amal iaitu Cognizance Welfare Initiative (CWI) bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan rogol. Siddhart kini mengumpul dana bagi menghasilkan lebih banyak ElectroShoe untuk dipasarkan ke serata tempat. Wah, mudah-mudahan ciptaan sandal ini berjaya melindungi semua wanita! Bila nak sampai ke Malaysia agaknya? - CARI |
21
Bagus |
30
Marah |
24
Terkejut |
19
Sedih |
20
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT