Padah menyelitkan pistol mainan pada kain samping ketika majlis persandingannya baru-baru ini, terus lelaki yang dikenali sebagai Saiful Ikhsan Muzafar, 25 ini menjadi tular.
Kelainan yang kononnya mahu dicipta pada hari bahagia itu menyebabkan dia terpaksa berurusan pula dengan pihak berkuasa. “Saya sudah memberi keterangan kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak malam semalam dan memberi gambar pistol berkenaan kepada polis dari Bukit Aman. “Itu sebenarnya pistol mainan yang saya beli pada harga RM45 dan sudah dipotong pada bahagian hadapan supaya ia tidak kelihatan seperti pistol sebenar,” katanya. Harian Metro melaporkan, sebelum melakukan gimik tersebut, Saiful sudah mendapatkan maklumat mengenai undang-undang yang berkaitan dengan pemilikan pistol mainan.
Disebabkan itu dia telah bertindak memotong bahagian hadapan pistol tersebut. Bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Rawang, Saiful mengakui yang ianya adalah ideanya sendiri namun tidak menyangka ia akan menjadi tular. “Bila dah terjebak dengan urusan undang-undang ini, tidaklah mengganggu mood perkahwinan saya cuma terpaksa berkorban masa untuk selesaikannya. “Sepatutnya perkara ini untuk majlis saya, tetapi apabila tular, ramai yang kata saya menolak adat dan untuk itu, saya terima dengan hati terbuka kalau saya menggangu adat,” katanya. -CARI
|
minguk replied at 10-1-2018 05:20 PM
apesal baju pengantin dia nampak keras dan kejong?
clarizsa replied at 10-1-2018 05:10 PM
Awat muka dia mcm paklawak kt ig tu? Nama apa ntah. Yg suka baling kamus tu rasanya.
clarizsa replied at 10-1-2018 05:10 PM
Awat muka dia mcm paklawak kt ig tu? Nama apa ntah. Yg suka baling kamus tu rasanya.
ADVERTISEMENT