Adakah teknik ini cerdik atau bodoh? Ianya berkesan dalam mempromosikan apa yang dihasilkan syarikat mereka kini. Teknik ‘viral bodoh’ ini sememangnya berkesan dalam menjadi alat pemasaran bagi segelintir pihak yang tahu menggunakannya. Mari kita lihat secara teliti mengapa Datuk Seri Alif Syukri dan ahli perniagaan lain rela menjadi bodoh demi duit.
Walaupun kedengaran agak kasar tapi itulah hakikatnya kini, teknik pemasaran ini menjadi ikutan para pengusaha seperti Datuk Seri Alif Syukri, DS Vida, Nursajat dan lain-lain. Namun baru-baru ini kita dikejutkan lagi buka Datuk Boy Iman pun turut bersama-sama bakal menghasilkan lagu demi meraih populariti segera. Memetik laporan dari Sinar Harian, modus operandi teknik pemasaran ini sedikit sebanyak mempengaruhi jualan mereka secara atas talian. Seperti Datuk Alif Syukri, dia tidak akan berhenti memaparkan video-video hangatnya kerana dikecam netizen. “Kita tidak sempurna, saya yakin orang yang mengecam saya itu lebih buruk daripada saya,” katanya. Jadi, logiknya di mana dalam strategi menghasilkan video bodoh dan viral ini? Perhatian itu diperlukan dalam pemasaran. Perhatian adalah apa yang setiap pemasaran sesebuah syarikat dalam mempromosikan produk, meraih populariti, menjual barang, mencipta nama atau menawarkan perkhidmatan perlukan. Mereka akan memuat naik banyak video atau pelbagai media lain semata-mata untuk perhatian. Teknik paling mudah adalah memuat naik video yang akan membuatkan netizen menyampah. Biasanya ia akan dilakukan dengan rakaman video secara langsung atau menerusi lagu seperti apa yang Datuk Seri Alif Syukri lakukan dan Datuk Boy Iman lakukan. Tidak mustahil selepas dimuat naik, mereka akan dikecam atau disukai dan seterusnya bakal menarik perhatian portal-portal hiburan atau forum untuk berkongsi dan memberikan komen. Secara automatiknya si pelaku akan mendapat apa yang dihajati iaitu perhatian dan portal hiburan tadi akan mendapat modal untuk menulis. Situasi menang-menang akan dapat dicapai. Dalam buku Seth Godin bertajuk ‘Purple Cow’, ini adalah contoh yang terbaik kerana produk yang bagus belum cukup untuk menyuruh orang menggunakan produk kita. Ini adalah fitrah kerana manusia sudah terbiasa dengan cara promosi yang ‘biasa’. Ramai akan benci, tetapi ada juga yang menyukai. Mereka ini adalah ‘Purple Cow’ yang dimaksudkan. Datuk Seri Alif Syukri pernah memberikan kenyataan dalam portal berita Sinar Harian seperti, “Dalam perniagaan kita wajib tahu sasaran pasaran, kalau produk itu dicipta untuk perempuan kita kena tahu curi hati melalui kepekaan kaum itu, begitu juga kalau produk untuk lelaki kena pandai cari kecenderungan mereka.” Ironinya, tular dengan perangai bodoh dan menggedik selain melenting apabila dikritik, mereka akan mendapat pelanggan dari kalangan sasaran pasaran. Ajaib sungguh dan ia sangat berkesan! Mungkin lepas lancarkan lagu bertajuk ‘Malas Nak Layan’, Datuk Boy Iman dapat menjual rumahnya dibawah DBI Properties. Siapa tahu pasaran sasarannya adalah para pendengar lagu ‘Malas Nak Layan’ kan? -CARI
|
Tweety_Senrose replied at 9-1-2018 02:27 PM
Kau jadi attention whore pun x hingin aku nak beli produk repackaging ni. Mulus je muka aku guna pen ...
MH3707 replied at 9-1-2018 02:31 PM
ehh...si anjing kurap gemok pendek boy iman tu dah lepas ke?...harap2 those yg kena tipu dengan dia ...
doubleA replied at 9-1-2018 02:51 PM
well, i admit strategi dorang memang menjadi dan produk2 dorang banyak orang tahu (dan tertipu). wal ...
ADVERTISEMENT