Kita dah biasa makan serunding ayam, daging dan juga ikan. Tapi pernahkah anda cuba serunding halia? Kebiasaannya serunding halia dimakan oleh ibu-ibu yang sedang berpantang kerana ia bagus untuk membuang angin dalam badan.
Bahan-bahan seperti halia dan bawang putih yang terkandung dalam resipi inilah yang berfungsi membantu membuang angin dalam badan. Bukan wanita yang sedang berpantang sahaja, sesiapa pun digalakkan makan kalau rasa badan tu banyak angin. Rasa sedap, badan pun sihat. Jom cuba! Bahan-bahan: Halia Bawang putih Sedikit garam Cara Memasak: 1. Tumbuk halia hingga hancur. Perah air jusnya kemudian goreng hingga garing.
2. Hiris nipis bawang putih dan goreng sehingga garing. Tabur sedikit garam sebagai perisa (ikut citarasa anda) 3. Gaulkan halia dan bawang putih yang digoreng tadi. Siap. Mudah bukan? 4. Ia sangat enak dinikmati bersama nasi putih panas. Kalau nak lebih sedap, anda boleh tambah ikan bilis yang digoreng garing. Menyelerakan! Dalam masa yang sama memberi banyak manfaat terhadap tubuh badan. Selamat mencuba! -CARI Kredit resipi: Puan Salimah Olie
|
9
Bagus |
5
Marah |
10
Terkejut |
1
Sedih |
8
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT