Teh berlapis-lapis dan berwarna-warni serta perisa beraneka semakin digemari. Pelbagai 'jenama' baru muncul untuk bersaing dengan Tealive, Gong Cha dan banyak lagi kiosk minuman. Dah macam satu trend di pusat membeli-belah apabila melihat orang beratur panjang untuk merasa teh 'panorama' ini.
Memetik portal Says, SunnyCha berasal dari Taiwan dan mula dipasarkan di Malaysia sejak April 2016. Ia semakin digemari dengan siri SunnySky teh berwarna-warni. Antara yang popular adalah Teh Bunga Telang. Mereka menggunakan kelopak bunga dan jus buah-buahan sebenar. Dekorasi kiosk menarik dengan botol berisi daun teh dan servis juga pantas. Perisa yang boleh didapati: (i) Elara, dengan madu sitrus (ii) Supernova, dengan probiotick dan sitrus (iii) Milky Way, dengan susu madu (iv) Nightsky, dengan madu Untuk menyerlahkan warna minuman SunnyCharistas, anda boleh letak di atas lampu suluh. Memang cantik berwarna-warni dan menggirangkan. Selain daripada siri SunnySky, ada juga minuman klasik teh dengan susu, Oolong Chá Latte, Matcha Soy Latte, dan Tie Guan Yin Chá Latte dengan Labu. Macam pelik? Cuba rasa dulu! Mana tahu mungkin kena dengan selera anda. SunnyCha mampu berbangga kerana ia menggunakan bahan dan perisa semulajadi, tanpa additif tiruan seperti pewarna, perisa dan pengawet dalam teh mereka. Juga tiada sirap atau gula putih, sebab ia merosakkan rasa teh asli. Sebaliknya, kiosk teh ini menggunakan gula perang atau jus buah-buahan sekiranya pelanggan ingin menambah kemanisan. Semua minuman dalam cawan bersaiz kecil, biasa, besar atau boleh juga didapati dalam botol. Anggaran harga antara RM6.80 hingga RM17.80. |
6
Bagus |
14
Marah |
14
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT