Kalau travel keluar negara, perkara utama yang perlu kita ambil perhatian ialah tempat untuk makan. Sebagai seorang islam, halal dan haram dalam makanan perlu diambil kira.
Kadang kala kita akan rasa was-was untuk makan di sesuatu tempat sebab tidak yakin dengan status halal makanan yang disajikan. Walaubagaimana sekalipun, sebagai serang Islam, kita dituntut untuk mencari sesuatu yang halal tidak kira walau di mana sahaja kita berada. Jom cuba tips untuk elakkan makanan syubhah ketika anda sedang travel. 1. Membuat reseacrh di internet tentang tempat makan halal. Sekarang ni mudah sahaja kan. Semua benda boleh di cari di dalam internet. Sebelum memulakan perjalan atau travel tu, ada baiknya kalau kita membuat sedikit study atau research tentang tempat yang akan kita pergi. Buat senarai tempat makan yang menghidangkan makanan halal supaya kita tidak terpinga-pinga bila tiba disana nanti 2. Cari tempat makan vegeterian Jika tidak dapat mencari tempat makan yang halal, untuk menghilangkan syubhah, boleh juga anda pergi ke restoran atau gerai yang menghidangkan makanan vegeterian ataupun restoran india. Kebanyakan restoran India tidak menghidangkan daging, mereka hanya menghidangkan makanan laut sahaja. 3. Cari restoran yang berdekatan dengan masjid Anda juga boleh mencari tempat makan halal disekitar kawasan masjid atau pun Malaysian Hall. Kebiasaannya disekitar kawasan ini terdapat restoran makanan halal kerana di kawasan ini tempat tertumpunya mereka-mereka yang beragama Islam. 4. Bawa makanan dari Malaysia Jika anda rajin, boleh juga bawa sendiri makanan dari Malaysia. Setiap kali sebelum keluar berjalan, masak dahulu dan tapau. Cara ini juga selamat dan juga sangat-sangat menjimatkan. 5. Bawa sabun taharah untuk sertu Sabun taharah boleh didapati di kedai-kedai menjual kelengkapan haji dan umrah di Malaysia. Sebelum memulakan travel, sediakan kelengkapan ini untuk sertu peralatan memasak di hotel atau apartment. Selepas mensucikan semua peralatan boleh la teruskan memasak dengan yakin tanpa rasa sebarang was-was. Insyallah. 6. Beli bahan mentah di pasaraya
Bagi yang menetap lama di luar negara, anda boleh mengikuti tips ini. Mungkin anda boleh membeli bahan-bahan mentah di pasaraya dan memasaknya sendiri. Bolehlah beli sayur, ikan, makanan laut dan apa sahaja yang sesuai. Barulah tak rasa syubhah. Selamat bercuti! - CARI |
7
Bagus |
6
Marah |
10
Terkejut |
16
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT