Kopi terkenal dengan rasanya yang enak mengasyikkan, sering kali membuat ramai orang ketagihan. Malah, ia adalah 'teman sejati' di kala kantuk mula menyerang diri. Bagaimanapun, CNN Indonesia melaporkan jika diminum ketika perut kosong, kopi akan memberi kesan negatif serta boleh memudaratkan kesihatan. 1) Meningkatkan tahap keasidan gastrik Keadaan ini dapat merosakkan tubuh badan anda. Berasa mual dan pening antara gegalanya. Bukan itu sahaja, anda juga berkemungkinan menghadapi masalah pencernaan. Dipercayai, lebih murah (rendah kualiti) kopi diminum, lebih berisiko anda diserang penyakit ini. 2) Penyerapan nutrisi terganggu Kopi yang mengandungi kafein akan menyebabkan masalah pada buah pinggang iaitu anda akan menjadi lebih kerap membuang air kecil. Ini menyebabkan tubuh tidak dapat menyerap kadar nutrisi dan mineral secukupnya. Bukan itu sahaja, kadar magnesium juga akan berkurang dan membawa masalah seperti penyakit jantung, gigi yang mudah rosak, migrain dan lain-lain lagi. 3) Hidrasi Kafein yang terdapat di dalam kopi akan merangsang sistem saraf dan mempercepatkan kadar denyut jantung serta meningkatkan tekanan darah, sekaligus membuatkan anda cepat stres dan cemas. Penulis percaya, ramai yang sedar dengan keburukan meminum kopi terutama jika diminum ketika perut kosong. Sebaiknya, ambil sarapan terlebih dahulu. Anda juga boleh menambah susu atau sedikit mentega ke dalam kopi bagi membantu tubuh mendapat vitamin dan nutrisi lain secukupnya. - CARI
|
2
Bagus |
3
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zulka: kalau perut kosong jgn la...aku pernah kena, mcm nk pitam
ADVERTISEMENT