CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bikin Apam Balik Di Rumah. Lagi Best Campak Ja Inti Ikut Suka

9-1-2018 12:28 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7417| Komen: 14|Original author: Oleh: Azza Rai



Apa makanan ‘favourite’ anda kala ke pasar malam?

Mesti ada yang menjawab apam balik yang dah jadi kemestian untuk dibawa pulang.

Tapi macam jarang pula orang buat apam balik di rumah. Mungkin kerana ia senang didapati dan harganya juga murah.

Apa kata kali ini anda cuba buat sendiri dengan resepi yang dikongsikan oleh Adlin Lin yang memang tak susah mana pun.


Bahan-bahan (kisar)
- 4 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- 1/2 cawan minyak
- 1/2 cawan gula
- 4 biji telur
- Sedikit garam
-1 sudu kecil yis mauripan
-1/2 sudu teh soda bikarbonat

Inti
- Kacang disangai
- Jagung dalam tin
- Gula

Cara membuatnya
1)    Kisar bahan-bahan di atas. Biarkan adunan selama satu jam.
2)    Sediakan kuali tidak melekat (non stick pan) lalu masukkan adunan secara membulat.
3)    Setelah hampir masak, masukkan kacang, gula dan jagung sebagai inti. Biarkan seketika.
4)    Dah siap, lipat dan sapukan apam dengan mentega/marjerin supaya lebih cantik.








Tip
1)    Gunakan kuali tanpa lekat atau kuali roti jala. Jadi tak perlukan sebarang minyak untuk memasak. Boleh juga gunakan periuk ajaib sebagai kuali.
2)    Sukatan cawan mungkin tak sama, jadi disaran untuk lebihkan tepung jika adunan terasa cair. Kebarangkalian untuk resepi gagal sangat sedikit sebab yis dan soda bikarbonat membuatkan ia tetap lembut.
3)    Boleh juga masukkan bahan tambahan lain seperti coklat, kismis atau apa sahaja mengikut citarasa anda sendiri.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba - CARI 

Kredit resipi : Adlin Lin

14

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
14

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 9-1-2018 12:34 PM
Br la teringat apam balik kt pasar area kg sy sbb mmg sedap betul ikut tekak sy la..

Bole cuba ni{:run
Quote CiliPadiSedap 9-1-2018 12:59 PM
eh eh jadi juga awk buat, nak cuba lah. pandai awak masak ye.  
Quote helicornia 9-1-2018 01:49 PM
pernah cuba buat ikut resepi free masa beli pemanggang ajaib menang tu.mudah je sebenarnya buat apam balik ni
Quote amyza 9-1-2018 02:01 PM
Suka apam balik yg nipis tu,rangup.

Adunan tepung tu boeh buat waffle jugak ke?
Quote swimswim 9-1-2018 02:19 PM
Dkt area bandar mahkota cheras, psr mlm hari ahad ada org jual apam balik pandan,inti pulut hitam n kelapa. Sedap sgt.dah try dkt tmpt lain tak sama sedapnya dgn kedai ni
Quote rosabiru 9-1-2018 03:56 PM
swimswim replied at 9-1-2018 02:19 PM
Dkt area bandar mahkota cheras, psr mlm hari ahad ada org jual apam balik pandan,inti pulut hitam n  ...

kat mana tu.dulu duduk dkt mahkota cheras gak.tp tak taw lak ada padar mlm hari ahad.hihi
Quote swimswim 9-1-2018 08:16 PM
Alaa x expert sgt kwsn tu.. Area2 stesen minyak shell..hari ahad..
Quote kiambang 12-1-2018 01:17 PM
Memang boleh sangat buat sebdiri kalau ramai yang makan .. kalau sorang elok beli sahaja ..
Quote myakayina 12-1-2018 05:43 PM
suka yg nipis tu panas2..crispy gitu..
Quote Chesire_Epilog 12-1-2018 06:03 PM
amyza replied at 9-1-2018 02:01 PM
Suka apam balik yg nipis tu,rangup.

Adunan tepung tu boeh buat waffle jugak ke?

tak sama sis, waffle ada tepung sendiri
Quote arek 29-1-2018 08:25 AM
my favourite apam balik...mmmm dappnya
Quote kacang^soya 31-1-2018 03:41 PM
kalau pakai tutup kuih bakar yg biasa org letak arang kat atas tu, agak2 boleh buat acuan apam balik nipis tak, yg garing tu?

pernah cuba buat ikut resepi dkt internet..pakai pan, lps tu try pakai tudung periuk india yg nipis tu.. tp jd apam balik tebal juga la..tp tekstur cantik juga ada rongga2 panjang gitu..btw acuan utk apam balik rangup tu kat mana nk beli?
Quote abgsallehsado 1-2-2018 04:31 PM
aku dah buat semalam,tp kacang gantikan dgn chedda cheese
meletop rasenye
Quote pearl.silver 16-3-2018 11:58 AM
Ouu suka apam balik kecik yg crispy tu..
Raya tahun lepas open house menteri kt kg, dok ulang2 amik apam balik crispy acik tu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.049620 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top