CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Tiada Sijil Kelahiran, Gara-Gara Ibu Tak Bayar Bil Bersalin

5-1-2018 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8082| Komen: 68

Gara-gara kegagalan ibunya menjelaskan bil sewaktu bersalin di hospital swasta enam tahun lalu, anak perempuannya pula menjadi mangsa apabila tidak memiliki sijil kelahiran.


Nur Qistina Qalisyah Abdullah,6 kini dibesarkan oleh neneknya selepas ibunya, Allahyarhamah Fauziah Zainal Abidin  meninggal dunia 1 Julai tahun lalu, manakala bapanya pula gagal dikesan.

Sinar Harian melaporkan, neneknya, Fabilah Daud, 54, yang tinggal di Rumah Pangsa Al-Ihsan, Majlis Agama Islam Melaka, Tengkera berkata,

Foto: Sinar Harian
"Masa dia (arwah anak) sakit di hospital, baharulah dia memberitahu saya bahawa anaknya itu masih tidak mempunyai sijil kelahiran lantaran terus mengusahakannya sebaik ibunya meninggal dunia.


"Sebab saya fikir nanti dia akan berdepan kesukaran untuk bersekolah, saya memang nak dia ke sekolah, saya tidak mahu dia teraba-raba, saya sayangkan semua cucu-cucu saya, walaupun emak dia sudah tiada lagi.

Fabilah bekerja sebagai pencuci masjid dan menjual buah-buahan potong untuk menyara keluarga.

"Saya tinggal di sini seramai sembilan orang, termasuk suami, tiga anak serta empat orang cucu.

"Saya hanya bergantung pendapatan sebagai tukang bersih masjid di Limbongan, tapi sekarang dah dua minggu  tidak bekerja sebab tidak sihat. Ada masa saya jual buah potong, naik motosikal sebab nak cari duit belanja," tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Melaka, Norazle Sulaiman berkata, 

"Dari segi teknikal dan sudut perundangan kita sudahpun melihat segala keperluan untuk pendaftaran lewat sijil kelahiran kanak-kanak ini.

"Kami dapati segalanya mencukupi, justeru, tiada masalah pada pihak JPN, apatah lagi dengan bantuan Pembela BN dan MyPPP yang mengkoordinasi masalah rakyat ini. Saya percaya ia akan dapat diselesaikan segera."-CARI 
13

Bagus
20

Marah
33

Terkejut
31

Sedih
25

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (150 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 5-1-2018 08:44 AM
Yg gi beranak kt spital swasta tu nape..
Quote SOFIA2017 5-1-2018 08:54 AM
dh tau xde duit...beranak ler kat hospital gomen

Quote xtahumenahu 5-1-2018 09:00 AM
Kesiannn...harap cepat laa dpt sijil lahir...
Quote mejaputih 5-1-2018 09:01 AM
bapak si anak ni kat mana pulak?
Quote C1k_J4h 5-1-2018 09:03 AM
suami nenek ni mana?
Quote wadiunong 5-1-2018 09:04 AM
anak mesra alam kah?
Quote bioessence 5-1-2018 09:05 AM
Binti Abdullah
Quote leylapple 5-1-2018 09:14 AM
org beranak kat rumah pun blh ada sijil lahir sebab daftarkan kelahiran...

isunya bukan sebab beranak kat hospital swasta atau bukan...

tapi kenapa tak daftarkan kat JPN lepas beranak tu?????

sendiri tak daftarkan guna alasan tak byr medical fees pulak..

kalau betul tak jelaskan fee tu tak blh kluar hospital nenek oiiii
Quote Ratutulip 5-1-2018 09:16 AM
siannya... smg dipermudah kn urusan adik ini
Quote manehnya 5-1-2018 09:34 AM
leylapple replied at 5-1-2018 09:14 AM
org beranak kat rumah pun blh ada sijil lahir sebab daftarkan kelahiran...

isunya bukan sebab ber ...

mungkin x cukup dokumen spt buku merah/ surat nikah etc..
Quote mieymiey 5-1-2018 09:45 AM
Anak tu pula yang jadi mangsa.
Quote prettyuglybabe 5-1-2018 09:57 AM
reason tak nak daftar sebab binti abdullah kot..
takde kena mengena bil hospital pun..
hospital, hospital la.. daftar dengan JPN..
hospital dengan JPN mana ada link..
Quote leylapple 5-1-2018 09:57 AM
manehnya replied at 5-1-2018 09:34 AM
mungkin x cukup dokumen spt buku merah/ surat nikah etc..

tak payah buku merah... org ygn beranak di rumah tu tak perlu buku merah...

pegi jer mana2 JPN, bawak surat rujukan doktor (hospital gomen percuma) dan daftar...

kalau yg lewat pun denda rm50 jer...

ignorant nie...kalau dokumen tak cukup pun paling teruk pegawai JKM akan kluarkan surat....utk benarkan pendaftaran..cuma kat sijil lahir tu kat maklumat mak pak akan jadi maklumat tidak diperolehi
Quote Manjahati 5-1-2018 09:59 AM
Sian adik ni... Harapnya urusan ni dpt diselesaikan
Quote krustykrab 5-1-2018 10:00 AM
pearl.silver replied at 5-1-2018 08:44 AM
Yg gi beranak kt spital swasta tu nape..

rasanya kes lahir luar nikah kut...sbb tgk budak ni bt abdullah.
agaknya kes malu nak lahir kat hosp gomen, tu yg ke swasta kut

Quote susukambingbest 5-1-2018 10:01 AM
siann adik ni. moga dipermudahkn urusan mreka
Quote alieyrina 5-1-2018 10:23 AM
Ada la tu yg buatkan kena pilih kinik swasta walaupun xmampu..kalau gomen dia nak surat nikah bagai kan..tah aku lupa sbb dah lama beranak
Quote haryatie 5-1-2018 10:46 AM
nape beranak kt siptal swasta
kalau xde surat dr siptal x bleh gi JPN ker daftar
x tau lak aku...
da berpuluh tahun x beranak..
Quote vanillaninja 5-1-2018 11:14 AM
Kesiannya adik ni. Tak pasal2 jadi mangsa. Semoga dipermudahkan urusannya.

Ada la sebabnya tu arwah maknya dulu pergi private hospital.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048491 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top