Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen serta isteri dan kakaknya didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tuduhan rasuah membabitkan RM12.5 juta sejak tiga tahun lalu.
Berita Harian melaporkan, tiga beranak terdiri dari sepasang suami isteri, Mohd Khairi Othman, 38, dan Noorashikin Azmi, 38, dari Taman Rahmat, Jitra, serta kakak Mohd Khairi, Huziana Othman, 48, dari Taman Suasana Damai, Jitra mengaku tidak bersalah. Prosiding pertama membabitkan dua kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Mohd Khairi sebagai Ketua Unit DP10, Bahagian Khidmat Ekspatariat, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya menerima rasuah RM100,000 daripada Muhammad Khairul Asri Pubin melalui akaun Maybank atas nama Hassan Muhammad Yusuf @ Daud.
Rasuah tersebut sebagai upah dalam mempercepatkan pengeluaran Surat Kelulusan Pegawai Dagang (DP10) bagi Syarikat MKAP Bina Sdn Bhd pada 16 Julai 2017, jam 11.07 pagi. Kesalahan kedua, Mohd Khairi menerima RM50,000 daripada Lee Wai Kay melalui akaun sama dan tujuan sama bagi Syarikat Nature Sense Sdn Bhd pada 19 Jun 2015, jam 1.18 tengah hari. Khairi juga berdepan 18 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 membabitkan jumlah keseluruhan RM9.2 juta. Isteri Mohd Khairi, Noorashikin yang juga pengarah dua syarikat iaitu Firas Rizqi Resources dan Ilham Rizqi Resources berdepan lima pertuduhan membabitkan Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) AMLA 2001 dengan jumlah keseluruhan RM2.5 juta. Huziana yang juga kakak kepada Mohd Khairi didakwa menerima wang RM500,000 daripada akaun Bank Rakyat milik Hassan Muhammad Yusuf @ Daud di Bank Rakyat cawangan Alor Setar, Jalan Langgar pada 9 Jun 2016. Mohd Khairi diminta membayar jaminan RM1.6 juta, manakala Noorashikin serta Huziana masing-masing RM200,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah, selain menetapkan 12 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula dan penyerahan dokumen. -CARI
|
2
Bagus |
5
Marah |
6
Terkejut |
5
Sedih |
15
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
yangsemb replied at 4-1-2018 06:22 PM
Mak aiii...bersekongkol ngan isteri & kakak bagai
Begbiru replied at 4-1-2018 08:30 PM
Time2 ni lah semua ikan bilis kena tangkap.... jerung2 bila lg?
pyropura replied at 4-1-2018 06:35 PM
Yg penting bini mak semua tutop.aurat, sejok mata memandang. Pegagawai pun nama Muhammad, suci tuh ...
cmf_jeangrey replied at 4-1-2018 11:37 PM
Kalau setiap ringgit rasuah tu ada dna babi, mereka takkan berani ambik waima menyentuh sekalipun ...
dani-rox replied at 4-1-2018 11:43 PM
berpakaian anime cosplay yg dibeli dgn duit dan dibuat dgn tenaga sundirik lebih mulia daripada keku ...
ADVERTISEMENT