Bollywood gempar apabila seorang pemuda yang dikenali sebagai Sangeeth Kumar tiba-tiba muncul mendakwa Aishwarya Rai Bachchan adalah ibu kandungnya. India Today melaporkan, Sangeeth yang kini berusia 29 tahun dan menetap di Andhra Pradesh mendakwa, aktres jelita itu melahirkannya di London pada tahun 1988. Namun apa yang menimbulkan kemusykilan adalah pada tahun 1998, Aishwarya Rai baru berusia 14 tahun. "Saya dilahirkan menerusi kaedah IVF di London pada 1988. Saya dibesarkan di Chodavaram sejak berusia tiga tahun hingga 27 tahun. "Pada usia satu dan dua tahun, saya tinggal bersama keluarga nenek, Brinda Krishnaraj Raj di Mumbai. Datuk saya, Krishnaraj Rai meninggal dunia pada April 2017 dan bapa saudara saya bernama Aditya Rai," katanya. Walau bagaimanapun dia gagal mengemukakan bukti kukuh terhadap dakwaannya itu. Dia juga mahu ibunya itu tinggal bersamanya di Mangaluru kerana sudah 27 tahun berpisah. "Saya terlalu rindukan dia. Saya tidak mahu ke Visakhapatnam, tetapi sekurang-kurangnya dapat menghubunginya," tambahnya. Ditanya tentang mengapa tidak mendedahkan perkara ini sejak dulu, Sangeeth memberitahu yang sebelum ini dia telah dimanipulasikan oleh keluarganya sendiri. "Ramai ahli keluarga yang telah manipulasi pelbagai perkara sejak saya kecil lagi, jika tidak sudah lama saya dapat bersama ibu. Apa yang penting sekarang adalah ibu saya." Benar atau tidak dakwaan tersebut? Setakat ini Aishwarya belum memberi apa-apa penjelasan lagi. -CARI |
4
Bagus |
11
Marah |
8
Terkejut |
17
Sedih |
22
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT