Primadona filem tanah air, Erra Fazira baru-baru ini memberikan kenyataan bahawa dia tidak mahu dikaitkan dengan kontroversi yang melanda kekasihnya, Shahir. Biarpun tidak pernah menyatakan status sebenar perhubungan mereka, Erra Fazira tidak mahu menjadi ‘kaunter pertanyaan’ bagi menjawab soalan-soalan berkaitan kekasihnya, Shahir. Menurut Erra, beliau tidak akan mencampuri masalah peribadi penyanyi itu. “Memang kami masih berkawan macam biasa namun sepanjang dengan dia saya tidak pernah mencampuri atau ambil pusing mengenai hal peribadinya.
"Jangan jadikan saya macam kaunter pertanyaan mengenai dirinya kerana apa masalah membabitkan dia biarlah dia jawab. “Cukuplah saya katakan kami masih berkawan kerana saya memang tidak ada berkawan dengan lelaki lain pun. Nak cakap lebih pun tak manis sebab saya wanita. Selebihnya biarlah dia yang jawab sebab dia lelaki,” katanya dipetik daripada mStar Online ketika ditanya mengenai hubungan mereka. Beberapa bulan yang lalu, Shahir telah didakwa oleh beberapa individu bahawa dia tidak membayar hutang mereka. Perkara tersebut menjadi sensasi apabila seorang wanita mendedahkan perbualan berkaitan menuntut hutang kepada Shahir di media sosial. Bagaimanapun Erra tidak mahu dikaitkan dengan kontroversi tersebut. - CARI
|