CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Luah Perasaan Di Media Sosial, Rumahtangga Zul-Isma Dilanda Masalah?

3-1-2018 10:20 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 7525| Komen: 24|Original author: Oleh: Suzy


Orang kata akaun media sosial adalah milik persendirian jadi tuan punya badan berhak untuk muatnaik apa sahaja. Instagram antaranya salah satu medium yang digunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa. 

Itu yang berlaku pada pasangan yang telah 20 tahun melayari bahtera berumahtangga, Zul (2 by 2) dan Isma (AF7).

Luahan perasaan Zul pada November lalu.

Mereka telah menjadi buah mulut netizen apabila dikatakan mempunyai masalah rumahtangga setelah dilihat memuat naik status mengenai kekecewaan masing-masing. 

Zul telah memuat naik status yang menunjukkan seolah-olah dia sedang mengalami kemurungan. Status dengan kapsyen ringkas itu telah dimuat naik pada November lalu. 

Isma muatnaik status pasrah dengan takdir.

Manakala, baru-baru ini Isma juga turut menyatakan kekecewaan di laman Instagram miliknya. Isma dilihat sudah pasrah dengan ketentuan yang ditetapkan oleh Tuhan kepadanya. Bagaimanapun sebaik ditebak soalan berkaitan perkara ini, dia hanya memberikan jawapan ringkas.

"Tanya abang Zul, jangan tanya akak," jawab Isma kepada mStar Online pada Selasa lalu.

Kemudian pada Ahad lalu, Isma sekali lagi memuatnaik status berbunyi kekecewaan. 

Isma muatnaik status berasakan hatinya benar-benar remuk.

Mstar Online juga dikatakan cuba menghubungi Zul namun gagal kerana dia tidak memberi respon kepada panggilan tersebut. 

Berita kekeruhan rumah tangga Zul dan Isma sebelum ini pernah diperkatakan apabila timbul isu kononnya Zul berkahwin lain dan ia dinafikan oleh komposer tersebut.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11. - CARI 


4

Bagus

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 3-1-2018 10:35 AM
pergh..dah 20 tahun kawin pun masih boleh bercerai ye...
zul nk trade in kott....
Quote sekuntum_nm 3-1-2018 10:38 AM
Patutlaa dah lama tak nampak dorang tag each other dlm ig.. kalau tak dulu selalu ada ayat2 romantik
Quote botol_purple 3-1-2018 10:44 AM
Takziah la..
Quote sweetfasha 3-1-2018 10:55 AM
adatlah gaduh gaduh then merempan dalam IG
Quote CiliPadiSedap 3-1-2018 11:38 AM
rumah tangga akak dulu di landa badai, pakcik jadi tukang pendamai. syarat ego dua2 kena turun. settle dah. malas nak fikir kusut kepala.

Quote myakayina 3-1-2018 11:43 AM
dah besar anak2 dorg.. perkahwinan ni mmg sukar dijangka.. semoga yg baik2 je utk dorg..  
Quote sofiazara 3-1-2018 11:50 AM
5 org anak. bykkan bersabar.
Quote che-cikL 3-1-2018 12:10 PM
Ngengada org Cari ni, kan dah ada forummer bukak topik ni?
Quote lwyl 3-1-2018 11:08 PM
Tudung Ariani.
Quote alien88 4-1-2018 12:15 AM
ala sedihnya kalau diorg berpisah, kawin dah lama..
tp kalau itu yg diorg rasa terbaik, apa nak dikata
Quote jargon 4-1-2018 12:24 AM
Sdp ke suara kakak tomok ni sbb aku mmg takleh hadam la suara dia sptmana aku taklem hadam sore silalat...
Quote devilito2 4-1-2018 08:00 AM
semoga dpt diselesaikan dengan aman...
Quote mandak20 4-1-2018 07:12 PM
Kalau dah makin berumur, anak2 pun ramai, sedang membesar gi... ketepikan la perasaan pentingkan diri tu... but at the same time, it's never to late to be happy..
Quote jerukkedondong 6-1-2018 12:07 AM
Alkisahnya si Zul ni Sang pematah hati lh ye....
Dgn Isma ni perkahwinan kedua Zul kan...
Kawin cerai je keje kau kan..

Quote zeetacunn 8-1-2018 12:21 AM
Anak dah 5... kesian
Quote AshkieLa 8-1-2018 08:08 AM
hmm ape lah yg korang berdua cari lagi ni...
anak elok dah besar panjang masing2... paling kecik pun 11 tahun.
apepun.. semoga kalian mendapat pengakhiran yg terbaik..
Quote mamapea 8-1-2018 09:31 AM
semoga semuanya baik2...
fikirlah baik2 sblm buat keputusan...
anak2 pun dh besar...takkan la selama hidup bersama 20 thn dh xde rasa cinta sekelip mata...
Quote aciklola 8-1-2018 10:43 AM
sayangnya marriage 20 tahun
Quote ahyue 8-1-2018 02:03 PM
so apa cite ni

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.071676 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top