Lelaki ini pernah menggemparkan seluruh dunia apabila dia dikatakan memiliki alat sulit terpanjang di dunia. Perkembangan terbaru dirinya, dia kini berjaya mendaftarkan diri sebagai orang kurang upaya (OKU) di negaranya.
Daily Mail melaporkan dengan statusnya itu, dia layak menerima bantuan kerajaan kerana tidak berupaya mencari pekerjaan disebabkan tidak boleh memakai pakaian seragam seperti pekerja lain serta tidak boleh berlari dengan pantas. Walaupun alat sulit sepanjang 18.9 inci itu memberikannya kesulitan dalam sesetengah perkara seperti susah mendapat anak, namun Roberto menolak untuk melakukan pembedahan mengecilkannya dan berharap dapat mencari kerja dalam industri filem lucah Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, Daily Mail melaporkan, doktor yang merawat Roberto mengatakan yang sebahagian besar alat sulitnya hanyalah kulit dan panjang sebenarnya cuma enam atau tujuh inci sahaja. Pakar perubatan Dr Jesus David Salazar Gonzalez. berkata, “Dia lebih rela memiliki alat sulit yang besar berbanding orang lain. Dalam budaya Latin sesiapa yang memiliki alat sulit besar dianggap sebagai macho. Ia adalah sesuatu yang akan membuatkan dia berbeza daripada orang lain.” -CARI
|
11
Bagus |
17
Marah |
19
Terkejut |
4
Sedih |
21
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pukulrata replied at 2-1-2018 01:35 PM
ohh kulit lebih, tak sunat kan.rupanya sama saiz aku je
pukulrata replied at 2-1-2018 01:35 PM
ohh kulit lebih, tak sunat kan.rupanya sama saiz aku je
ADVERTISEMENT