CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

10 Jalan Raya Menakjubkan Di Dunia – Taklah Bosan Memandu

2-1-2018 02:54 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4872| Komen: 17|Original author: Oleh: Azza Rai



Bagaimana pemandangan anda ketika memandu di Malaysia?
Penat sebab banyak bangunan pencakar langit di kiri dan kanan jalan?
Atau leka sebab terlalu banyak papan iklan sepanjang jalan raya?

Bagaimana kalau kami katakan anda harus cuba untuk memandu sekurang-sekurangnya 1 daripada 10 jalan raya terbaik di dunia – yang menawarkan keindahan ciptaan tuhan bersama kecanggihan teknologi manusia.


1) Valley of Fire Road, Nevada

Bagaikan api tatkala dipanah cahaya matahari. Dari kejauhan bukit dari batu dan pasir ini jelas dengan rona merah dan jingga bersilih ganti hingga menerbitkan rasa kagum dengan keajaiban alam.


2) Atlantic Road, Norway

Seperti filem aksi pula ketika memandu di jalan ini, ombak besar yang tingginya melebihi lebuh raya sesekali menunjukkan lagaknya. 

Jika bernasib baik, anda mungkin dapat melihat kelibat ikan lumba-lumba dan anjing laut yang turut bergembira di laut. 



3) Milford Road, New Zealand

Peminat ‘Lord of The Rings’ pasti kenal kerana inilah lokasi penggambaran trilogi filem epik ini. 

Jadi, apa lagi, anda yang peminat tegar LOTR pasti tak mahu ketinggalan merasa kemuncak ceritanya. 



4) Overseas Highway, Florida

Gabungan 42 jambatan sejauh 214km ini - bunyinya macam jauh. 

Tapi percayalah, anda takkan terass kejauhan itu kerana memandang laut dan langit seakan-akan tiada penghujungnya.  



5) Romantische Strasse, German

Inspirasi Istana Cinderella, juga dikenali dengan ‘jalan penuh romantik’,  nikmati pemandangan rumah berwarna-warni dengan atap kayu. 

Terasa seperti berada di kurun ke 14 pula. Bolehlah turun sekejap sambil berselfie.



6) The Transfagarasan: Romania

Penduduk setempat menggelar tempat ini sebagai rambut yang beralun kerana struktur permukaanya yang bengkang bengkok. 

Penuh dengan lekukan, jambatan dan terowong pastinya ia pengalaman menyeronokkan. 



7) Great Ocean Road, Australia

Pastikan anda sampai ke sini jika ke Australia untuk melihat keindahan susunan batu kapur Twelve Apostles yang disebut-sebut itu. 

Di sini juga anda boleh melihat hutan hujan tropika dan taman negara.



8) Oberalp Pass, Switzerland

Ini pula lokasi filem Hindi yang cukup popular. Dengan angin sejuk yang dibawa dari pergunungan Swiss, jalan ini cuma dibuka pada musim panas sahaja. 

Tetapi dalam musim sejuk, anda boleh mendapatkan keretapi untuk ke lokasi ini. 



9) Scenic Byway, Arizona

Nikmati pemandangan sepanjang 72km dari Arizona ke Utah dan anda akan merasakan seperti mengembara di seluruh Amerika Syarikat.



10) Jebel Hafeet Mountain Road, Abu Dhabi

Jalan yang merentasi padang pasir ini pastinya mencabar adrenalin anda. Sebagai gunung kedua tertinggi di Arab Saudi, anda disarankan untuk memandu waktu petang supaya sempat menyaksikan matahari terbenam dari atas gunung.

Jadi, ada tak rasa-rasa nak memandu di jalan raya ini? - CARI 


5

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 2-1-2018 03:16 PM
wow....teringin betul nak pegi...
no3,6,7,8 tu.... bestnye
Quote yangsemb 2-1-2018 03:46 PM
Wowww sungguh mempersonakan, satu pun jalan2 itew tidak pernah ku lalui {:smile
Quote meisapoya 2-1-2018 09:06 PM
Wow cantikkk. Kena upah pemandu kete / naik bas la mcm ni {:love
Quote Nisda_ 3-1-2018 08:49 AM
meisapoya replied at 2-1-2018 09:06 PM
Wow cantikkk. Kena upah pemandu kete / naik bas la mcm ni {:love

Tak payah upah pemandu, just rent a car and drive
Quote afie_m 3-1-2018 09:10 AM
wau..terpesona tgk...
Quote meisapoya 3-1-2018 10:17 AM
Nisda_ replied at 3-1-2018 08:49 AM
Tak payah upah pemandu, just rent a car and drive

Nanti terbabas la klu iols drive sdri. Ralit tgk pemandangan punye pasal
Quote sherry70 3-1-2018 03:06 PM
Edited by sherry70 at 3-1-2018 04:54 PM

done cross country d US masa zaman tak ada gadget n media social cuma berpandukan  map kertas .  rentas   jln   seperti d Arizona, Nevada  area Grand Canyon n mcm2 jln la.. mencabar juga la 3 perempuan  drive 2-3 minggi singgah entah berapa  National Park ( evey 2 yrs kita buat x-country )  ingatan masih  d kepala sampai    sekarang .. planing  this Autumn redoing it again after 20yrs  
Quote Levespa 3-1-2018 05:12 PM
menariknyaa.. dahlaa suka road trip{:childlike
Quote Levespa 3-1-2018 05:16 PM
sherry70:    Edited by sherry70 at 3-1-2018 04:54 PM  done cross country d US masa zaman tak ada gadget n media social cuma berpandukan  map kertas .  rentas   j ...


wahh menarik.. dengan geng yg sama ke?
Quote chinta89 4-1-2018 09:03 AM
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh teringin sgt
Quote cmf_baby_ayang 4-1-2018 04:20 PM
no 3 ngan 7 dah sampai.. Milford Road tu memang sgt wow.. GOR pun cantik.. bilalah nak repeat balik
Quote sherry70 5-1-2018 08:39 PM
Edited by sherry70 at 5-1-2018 08:41 PM
Levespa replied at 3-1-2018 05:16 PM
wahh menarik.. dengan geng yg sama ke?


3 old buddies plus 1 new. tapi to la nga  pikir &  pilih  antara cross country d US  or ke Peru Machu Pichu  ..
Quote Levespa 8-1-2018 11:20 AM
sherry70 replied at 5-1-2018 12:39 PM
3 old buddies plus 1 new. tapi to la nga  pikir &  pilih  antara cross country d US  or ke Peru  ...

bestnyaa jalan2 dengan geng!.. ke us dulu, lain kali ke peru.. aci gitu? hehe
Quote ajiqah 8-1-2018 12:19 PM
sherry70 replied at 5-1-2018 08:39 PM
3 old buddies plus 1 new. tapi to la nga  pikir &  pilih  antara cross country d US  or ke Peru  ...

wow.. so adventurous... korang umur berapa?
Quote ch3ngkoy 8-1-2018 12:31 PM
Ade kete nak drift dkt pic (6) @ Transfagarasan
Quote sherry70 8-1-2018 01:23 PM
ajiqah replied at 8-1-2018 12:19 PM
wow.. so adventurous... korang umur berapa?

4 of us antara  from 51-56 yrs old. alhamdulilah semua masih suka n kuat berjalan .masa d europe  last yr a day kita berjalan 8-10 km .
Quote sherry70 8-1-2018 01:26 PM
Levespa replied at 8-1-2018 11:20 AM
bestnyaa jalan2 dengan geng!.. ke us dulu, lain kali ke peru.. aci gitu? hehe

our motto work hard play hard. kalau da cuti  terus 3 minggu le atas. travel style pun   not backpaking.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.222591 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top