Lebih 200,000 pasport baharu terpaksa dibatalkan apabila Taiwan tersilap mencetak imej lapangan terbang untuk menggambarkan lapangan terbang utama negara kepulauan itu.
Menurut AFP seperti dipetik Utusan Online, pasport biometrik generasi baharu dikeluarkan Isnin lalu tidak dicetak dengan imej Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan, sebaliknya ia dicetak dengan gambar Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, Washington pada bahagian dalam helaiannya. Ekoran kesilapan itu, Ketua Pengarah Biro Hal Ehwal Konsular Agnes Chen meletak jawatan manakala pembantunya, Kung Chung-chen diturunkan pangkat. Kesemua pasport yang tersilap dicetak itu berharga hampir 80 juta Dolar Taiwan (RM10.97 juta) dan telah dimusnahkan, manakala kerajaan terpaksa menarik balik 285 keping yang sudah diedarkan. Akibat kesilapan itu, ia menjadi tular sehingga Taiwan digelar sebagai ‘negeri ke-51’ di Amerika Syarikat (AS). - CARI
|
5
Bagus |
7
Marah |
Terkejut |
5
Sedih |
14
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Susulan kesilapan itu, Ketua Pengarah Biro Hal Ehwal Konsular, Agnes Chen dan pembantunya, Kung Chung-chen hilang jawatan berikutan gagal `memenuhi tugas kawal selia'.
leylapple replied at 29-12-2017 08:52 AM
sepatutnya mcm nie lah...sbb keja sambil lewa/ terlepas pandang...menyebabkan kerugian dan buat ...
lkick2113 replied at 29-12-2017 12:33 PM
ketua pengarah yg kena, kalau kat malaysia anak buah yg kena
jfq replied at 29-12-2017 10:47 AM
Mana gmbr airport taiwannya smpai leh confuse bagai
dcruins replied at 29-12-2017 11:01 AM
Apa yg salah, betul laaa tuuu, boss besar kat Washington.....
ADVERTISEMENT