CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebesar Ibu Jari, Zanco Perkenal Telefon Bimbit Terkecil Dunia

28-12-2017 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5231| Komen: 21

Description: Hari ini, dunia menyaksikan persaingan hebat antara syarikat pengeluar telefon pintar dari seluruh dunia.
Hari ini, dunia menyaksikan persaingan hebat antara syarikat pengeluar telefon pintar dari seluruh dunia.

Terkini, sebuah syarikat pengeluar menentang arus pasaran telefon pintar yang lebih memberi fokus kepada telefon pintar skrin besar. Mereka menghasilkan telefon bimbit sebesar ibu jari manusia dan lebih ringan berbanding duit syiling logam.






Menurut Mail Online, telefon bimbit keluaran syarikat dari United Kindom iaitu Zanco, model T1 merupakan telefon bimbit terkecil di dunia yang pernah dicipta.




Walaupun ia hanya sebesar 1.9 x 0.8 x 0.5 inci, ia mampu membuat panggilan, menghantar dan menerima mesej. Bagaimanapun, peranti seberat 13 gram dengan paparan 64 x 32 pixel ini tidak memiliki fungsi lain selain tiga fungsi tersebut.



Memandangkan saiznya yang kecil, Zanco T1 hanya beroperasi pada rangkaian 2G dan tidak boleh melayari laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter.

Menurut jurucakap syarikat itu, pengguna tidak boleh melayari Internet dengan Zanco T1.



Menerusi kempen Kickstarter, peranti mini itu dibida bermula 35 British Pound (RM192) hingga 72,000 British Pound (RM394,211).


Foto: KICKSTARTER

Zanco T1 dijangka berada di pasaran pada May 2018. - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 28-12-2017 05:22 PM
awwww...so cute
Quote CiliPadiSedap 28-12-2017 06:02 PM
ni berguna kalau nak final exam.
Quote FOTHER-MUCKER 28-12-2017 06:04 PM
Takan 2G? Kerana bila bila masa sajaha pengunaan 2G akan ditamatkan sepenuhnya. Dan sekarang ni pun dah lama ada telco yang relay menamatkan penggunaan 2G semejak setahun yang lalu
Quote salmon-suki 28-12-2017 07:11 PM
CiliPadiSedap: ni berguna kalau nak final exam.

tapi terkebil2 laa mata tu nk nengok skrin..mcm citer bad genius gitu haa..kekeke~
Quote Dovahkiin 28-12-2017 07:22 PM

Quote samasam90 28-12-2017 08:44 PM
bagus pakai telefon tekan2 tu.. battery tahan lama.. ne letak dalam poket, tak perasan ne terjatuh.. letak dlm beg berkurun nak cari.. takkan nak gantung kat leher..
Quote dani-rox 28-12-2017 08:48 PM
samasam90 replied at 28-12-2017 08:44 PM
bagus pakai telefon tekan2 tu.. battery tahan lama.. ne letak dalam poket, tak perasan ne terjatuh.. ...

buat jd keychain jah.
Quote yangsemb 28-12-2017 09:36 PM
Ini untuk kegunaan special agent ke...apasai laaa cinonet sangat..sedangkan yg besor pun banyak typo error...hmmmm
Quote spiderman80 28-12-2017 10:35 PM
Ciptaan yang tidak berguna.
Quote insulin 28-12-2017 10:38 PM
Comelnya...
Quote ak0143 28-12-2017 10:58 PM
Kalo harga affordable, byk la seludup kat sekolah/asrama
Quote ReginaGeorge 28-12-2017 11:14 PM
Not worth it.  
Quote adel7 28-12-2017 11:20 PM
kecik macam ni kalau kene copek tak sedar pun. screen dia kecik. sape yg rabun mmg tak nmpk laaa
Quote FOTHER-MUCKER 29-12-2017 12:32 AM
spiderman80 replied at 28-12-2017 06:35 AM
Ciptaan yang tidak berguna.

Sangat berguna untuk Di bawa masuk dalam penjara.
Quote kiambang 29-12-2017 09:02 AM
Senang ke nak type msg .. jari aku dah la gedabak ...
Quote nurbaya 29-12-2017 11:51 AM

tiny-phone-o.gif
Quote debab76 29-12-2017 12:23 PM
hanya mampu dpt title telepon terkecik je. sales?
Quote SecretLuv 29-12-2017 01:00 PM
Sakit mata nak membaca tulisan kat skrin hp tu.  Tapi macam mana diaorang nak buat panggilan kat telefon tu ye? Cukup-cukup masuk dalam lubang telinga je. Pakai speaker ke?
Quote boogeese 30-12-2017 09:54 PM
spiderman80 replied at 28-12-2017 10:35 PM
Ciptaan yang tidak berguna.

Terlambat 20 tahun. Kalau keluar tahun 90an mesti kebabom.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.086353 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top