Polis memburu lelaki menyamar sebagai anggotanya selepas dilaporkan membawa lari remaja perempuan berusia 16 tahun, lapor BH Online. Kejadian berlaku di Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub, petang semalam.
Difahamkan, Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi dilarikan suspek lingkungan usia 20-an, menggunakan nama Faiz dan mengaku anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sungai Ruan. Sebelum kejadian, mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di kawasan itu keluar membeli buku sekolah untuk adiknya kira-kira jam 11 pagi, kata ibunya, Wan Maziah Wan Mat, 37. "Selepas itu, dia singgah membeli pisang goreng di gerai berhampiran simpang Ulu Gali dan di situ dia bertemu seorang lelaki mengaku anggota polis yang meminta pertolongannya untuk membawa motosikal baharu dibelinya di sebuah premis di Sungai Ruan.
"Lelaki itu kemudian mengikuti Nur Syaminn Nabila ke rumah dan bertemu dengan saya. Dia memperkenalkan diri sebagai Faiz dan bertugas di Balai Polis Sungai Ruan. "Dia juga beritahu mahu meminta tolong anak saya untuk mengambil motosikal baharu dibelinya, tanpa syak wasangka saya membenarkannya dan mereka menaiki sebuah kereta berwarna perak," katanya. Namun, kira-kira jam 3 petang kemudian dia menerima panggilan daripada mangsa yang memberitahu dia berada di Gua Musang, Kelantan bersama lelaki itu. "Sambil menangis dia memberitahu gelang emas dipakainya diambil lelaki itu sebelum talian diputuskan. Saya kemudian memeriksa dengan rakan yang juga anggota polis, namun mendapati tiada anggota bernama Faiz di Balai Polis Sungai Ruan. "Bimbang dengan keadaan itu, saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Ruan, jam 4 petang," katanya. Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya sedang melakukan siasatan. - CARI
|
11
Bagus |
11
Marah |
17
Terkejut |
9
Sedih |
15
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT