Isu denda di sekolah masih lagi menjadi buah mulut masyarakat. Dah jadi lumrah guru memberi hukuman terhadap pelajar nakal dan bermasalah. Kalau langsung tak boleh 'ditegur', macam mana nak jadi 'manusia'? Tapi itulah, tak tahu di mana silapnya apabila ibu bapa kini enggan membiarkan anak disentuh guru walaupun ia bertujuan memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak mengulangi kesalahan sama. Terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan garis panduan bentuk hukuman yang dilarang.
Menerusi ruangan komen di Facebook (FB) CARI, rata-rata tidak bersetuju dengan garis panduan berkenaan. Selain mempertikaikan garis panduan itu, netizen pelik mengapa hukuman terbabit kini 'diharamkan'. "Siapa yang mula-mula buat peraturan ni? "Mungkin ibu bapa dah lama dendam dengan cikgu yang denda dia dulu, tapi tak dapat balas balik. Jadi, masa inilah ibu bapa tu nak balas balik melalui anak dia yang kena denda," komen netizen.
Dengan adanya larangan ini, anak akan jadi DIVA di sekolah. |
mommymonster82 replied at 27-12-2017 03:35 PM
La baru tahu ke..dah lama dah kami xboleh buat
elnor_81 replied at 27-12-2017 03:57 PM
Kan mommy...lme gle dh kan...
mommymonster82 replied at 27-12-2017 06:28 PM
Kan u..
Sbb tu kata budak kalu xsiap keje...kita boleh senyum je sambil pujuk macam dodoikan baby ...
elnor_81 replied at 27-12-2017 08:36 PM
Kan xleh bebel.ganggu emosi katanya...
ADVERTISEMENT